Untaian Langkah

Monday, December 28, 2009

Menunaikan Haji : Daftar Hari Ini Untuk Tahun 2029

Jika anda berniat untuk menunaikan ibadah haji pada masa akan datang, daftarlah sekarang!!!. Giliran anda mungkin hanya akan sampai pada tahun 2029. Mengambil iktibar dari dialog di bawah ;

"Kawe tanya tadi kat Tabung Haji Kodiang, dia(pegawai Tabung Haji)  kata, kalau daftar sekarang, tahun 2029 baru boleh pi haji, kawe nak pi daftar hari Ahad ni, bawak dua-dua sekali senang ", begitulah "kurang lebih" antara isi dialog ringkas antara saya dan En Nadzri Che Kamis yang cuba mengajuk loghat Kelantan ketika kami berjumpa secara tidak sengaja tengahari tadi di Pekan Pauh. Arau, Perlis.

Terkejut!!!

Jika mendaftar hari ini. Bermakna saya dan anda yang belum mendaftarkan diri terpaksa menunggu 20 tahun lagi untuk menunaikan ibadah haji jika betullah maklumat yang disampaikan oleh pegawai berkenaan. Itupun jika ditakdirkan panjang umurnya.

Hari ini saya berumur 37 tahun 5 bulan 24 hari. Dan jika ditambah dengan 20 tahun lagi bermakna dalam sifir matematiknya saya hanya akan dapat menunaikan haji ketika berumur 57 tahun 5 bulan 24 hari.

Kalau ditakdirkan panjang umur, mampukah saya dan anda yang seusia dengan saya menunaikan ibadah haji "dengan sempurna" dalam usia 57 tahun!!!. Tentunya selepas pencen. Entahlahh. Semuanya milik Allah S.W.T.

Razak Nordin berpesan ; Jom pakat-pakat daftar. Peringatan untuk diri dan sahabat-sahabat yang punya cita-cita untuk menunaikan ibadah haji.

Share/Bookmark

Saturday, December 12, 2009

Anda Tahu!!!..Saya Pun Ada Tawaran Juga

Saya mulakan dengan menyebutkan tentang keutamaan memberikan sedekah di jalan Allah seperti yang telah dijelaskan dalam firman Allah di bawah ;

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".(Surah Al Baqarah ayat 261)

Saya banyak menerima email-email yang mengajak saya menjana pendapatan melalui skim-skim yang mereka tawarkan. Semuanya hebat-hebat. Seolah-olah menjadi kaya itu semudah ABC. Tiada lain melainkan semuanya untuk menjadi kaya, kaya dan kaya. Duit, wang dan "pitis". Kumpul kekayaan sementara hidup. Semakin hari saya menjadi semakin rimas dengan email-email yang saya tidak langgani tersebut. Dan hari ini saya luahan di sini. Untuk renungan barang sedikit jika ada kebaikannya.

Di bawah ini. Saya tolong salin dan tampalkan di sini untuk tatapan anda. Satu contoh dari banyak-banyak contoh yang saya ada. Sesetengahnya masih ada yang saya simpan dalam inbox email ajaknordin@yahoo.com. Sesetengahnya pula saya sudah membuangnya ke dalam "tong sampah" tanpa membacanya sampai akhir pun. Maafkan saya kerana bersifat "kejam" dan betapa tidak menghargainya.

Inilah contoh yang ingin saya kongsikan. "Alamat"nya terpaksa dirahsiakan untuk tidak menyentuh hati sesiapa pun. Jika anda berminat, saya boleh tolong panjangkan untuk anda. Email saya ada di atas. Silalah email permintaan anda ke email saya.

BAKAL DILANCARKAN PADA 14 DESEMBER 2009


DISKAUN RM20 SAH SEBELUM 14 DEC 09

Jom Kita Sertai Program Reseller TunaiSegera dan Nikmati Keuntungan 100% Milik Anda.

Mahukah Anda Bekerja Secara Online Di Rumah & Jana RM200-RM1000 Sehari?

BERMODAL RM50.. ANDA BOLEH menjual semula Pakej Ebook ini dan jana keuntungan 100% MILIK ANDA ! dan..

Terima bayaran RM50 berulangkali terus ke akaun bank anda tanpa melalui admin

Realisasikan Impian Dengan TunaiSegera.com

KELEBIHAN TUNAI SEGERA!

WEBSITE REPLIKA PERCUMA

- Web replika hebat dan tidak perlu anda bersusah payah membeli domain dan hosting

SISTEM AUTODOWNLINE

- Jika prospek daftar melalui web anda, automatik dia akan menjadi downline anda.

PEMBAYARAN TERUS KE AKAUN ANDA

- Anda hanya perlu mempromosikan web replika anda dan nikmati keuntungan 100%.

TAWARAN ISTIMEWA PRA PELANCARAN!

RM50

Kini Hanya RM30 sebelum 14 Dec 09

Walaupun jumlah tertera RM50

WOW!! BAYAR RM30 DAPAT RM50 SELEPAS 14 DEC 09)

Klik sini sekarang! Daftar PERCUMA

Itulah salah satu contoh dari bertimbun-timbun email yang saya terima. Hanya satu tujuan. Mengajak saya untuk menjadi "kaya" seperti mereka barangkali. Betul ke. Entahlah. Maafkan saya. Saya sebenarnya masih prejudis dengan manusia akhir zaman yang ingin berkongsi kekayaan dunia dengan orang lain. Jika betul begitu. Syukurlah. Merekalah antara manusia contoh di akhir zaman ini barangkalinya. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa berbakti untuk manusia sejagat. Kerana pengalaman mengajar saya bahawa "jarang-jarang" manusia yang saya temui sedemikian  melainkan kebanyakkannya ingin membolot semuanya. Tiada data dan statistik. Hanya dari permerhatian serta "merasai dan mengalamiya"  sendiri dari pengalaman hidup yang masih beruntaian ini. Andai telahan saya silap, itu tandanya saya juga manusia seperti anda. Pasti ada silapnya. Pohon kemaafan banyak-banyak.

Maaf. Kepada semua yang telah menghantar email yang serupa dan hampir serupa ke ajaknordin@yahoo.com. Buat masa ini saya masih belum berminat.

Cumanya. Saya ada sedikit permintaan kecil. Jika tidak keberatan bolehlah salurkan RM 100 daripada RM 1000 sehari yang anda dapat ke akuan Maybank saya setiap hari. Akaun Maybank saya(102064055207). Saya amat berbesar hati.

Atau salurkan ke  akaun Pusat Islam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Di Sini


Kenapa? Lihat ayat 261 Surah al Baqarah. Saya pun ada tawaran untuk anda juga.


Razak Nordin berpesan ; Temui saya juga di pokok-kayu.blogspot.com

Share/Bookmark

Monday, December 07, 2009

Mutiara Hikmah Saidina Ali bin Abi Thalib k.w

Saidina Ali pernah memberikan nasihat ;

1. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan kalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

2. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

3. Jagailah ibubapamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu.

4. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatlah kesusahanmu dengan mendirikan solat.

5. Mengajar adalah belajar.

6.Insan terbahagi kepada tiga : Mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak akan mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

7. Sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya.

8. Kegelisahan adalah lebih sukar daripada kesabaran.

9. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang ia lihat.

10. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

Razak Nordin berpesan ; Dipetik untuk perkongsian dari Fadhilat Ayat-Ayat Al Quran. Gabungan 4 Dalam 1. Dihimpunkan oleh Wan Md Jamal Bin Haji Md Saman dan Ani Rahayu M Gapar.Halaman 93-95.

Share/Bookmark

Tuesday, December 01, 2009

Elakkan Fitnah Untuk Agama

Saya pun sebenarnya tidak pasti wajar atau tidak membicarakan perkara yang terbuku di hati saya beberapa hari ini di blog ini. Walaupun pengunjungnya tidaklah ramai.

Antara Ya dan Tidak. Saya memilih untuk menulisnya walaupun ianya mungkin tidak disenangi atau menyentuh hati mana-mana pihak. Lalu saya memilih tajuk Elakkan Fitnah Untuk Agama. Sekurang-kurangnya lega juga rasanya hati saya ini.

Maksud saya.

Apapun yang berlaku, saya tetap melihat semua perkara dari sudut agama. Itu kemestian. Jika tidak, sia-sialah kita hidup beragama.

Pada saya, berebut-rebut membeli tiket wayang ketika hari hampir maghrib tetap menimbulkan fitnah kepada agama di pandangan penganut agama lain. Saya menjadi lebih terkilan apabila mereka datang dalam keluarga besar. Ada ayah. Ada ibu dan anak-anak. Barangkali percutian keluarga. Itu sesuatu yang baik. Silaturrahim keluarga namanya. Saya tidaklah sampai menghalang terus, tetapi pilihlah waktu yang sesuai supaya tidak menimbulkan "kegelisahan" kepada orang-orang yang peduli di sekeliling anda. Matlamat tidak sepatutnya menghalalkan semua cara.

Andaian. Mungkin mereka bermusafir dan boleh menunaikan solat jamak selepas menonton. Soalnya. Adakah ia wajar. Ketika hari hampir maghrib berebut-rebut untuk membeli tiket wayang. Tentunya tayangannya pun beberapa ketika lagi. Tepuklah dada kiri tanya iman dan jangan sesekali lupa melihatnya dari pandangan agama juga.

Razak Nordin berpesan ; Ini bukan rekaan. Saya melihatnya sendiri ketika dalam "kekalutan"  keluar dari Kamdar di suatu daerah di negeri Perak selepas selesai "membeli dan membelah" di situ. Bukan bertujuan mengaibkan sesiapa. Peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang sudi menerimanya.

Share/Bookmark

Friday, November 13, 2009

Luasnya Rahmat Allah

Barangkali salah satu bukti luasnya rahmat Allah terkandung dalam hadis di bawah ;

Terjemahannya ; Ke atas setiap muslim itu sedekah. Seorang telah bertanya : Bagaimana kalau tidak mendapat(sesuatu untuk berbuat demikian)? Jawab Rasulullah : Bekerja dengan tangannya, lalu ia dapat memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah. Kata orang itu lagi : Bagaimana kalau ia tidak dapat berbuat demikian? Jawab Rasulullah : Menolong yang memerlukan pertolongan sama ada yang teraniaya atau yang lemah. Tanyanya lagi : Bagaimana kalau tidak juga terdaya? Jawab Rasulullah : Menyuruh pada yang ma'ruf! Tanyanya lagi : Bagaimana kalau ia tidak juga dapat berbuat demikian? Jawab Rasulullah : Menahan daripada melakukan kejahatan ; itu juga adalah sedekah. (Riwayat Imam Muslim dan al Bukhari)

Razak Nordin berpesan ; Ringkas dan padat. "Pilihlah" mana yang "selayaknya" untuk diri sendiri. Sesungguhnya pintu rahmat Allah tersangatlah luasnya.

Share/Bookmark

Wednesday, November 11, 2009

Kajian Tentang Tidur

Tidur Yang Berlebihan Akan Memendekkan Hayat

Tidur selama 8 jam sehari dikatakan paling sesuai. Tetapi kajian terbaru menunjukkan tidur selama 8 jam sehari mungkin akan memendekkan hayat.

Pakar kajian Amerika Syarikat membuat kesimpulan setelah melakukan kajian ke atas 100 juta orang. Bagi mereka yang tidur 8 jam atau lebih dan mereka yang tidur 4 jam atau kurang akan memendekkan hayat mereka. Manakala mereka yang tidur hanya 6-7 jam sehari akan memanjangkan hayat.

Kajian menunjukkan ada di antara ketiduran yang panjang dengan peratus kematian. Tetapi masalahnya bagaimana saintis menjelaskan kesimpulan ini.

Tidak Perlu Tidur Terlalu Lama:
Salah sebuah laporan kajian yang dijalankan oleh Profesor Psikologikal, Carl Pocker menjelaskan bahawa lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan sama ada tubuh manusia sendiri dapat memulihkan kesihatan.

Tetapi, mereka yang tidur 6 jam sehari tidak perlulah risau sangat. Ketiduran mereka adalah mencukupi. Dari sudut kesihatan, tidak ada perlunya tidur terlalu banyak.

Menurut seorang Profesor Lois, ketiduran yang berlebihan akan menyihatkan badan menyihatkan badan merupakan satu kesilapan. Untuk memastikan ketiduran seseorang itu mencukupi atau tidak terpulanglah kepada kecergasan pada waktu siang. Tetapi, mereka yang tidur 9 jam tidak semestinya akan mati awal atau pendek hayat.

Berdasarkan kajian ini juga, satu lagi kesimpulan diperolehi di mana ketiduran berperingkat tidak ada jalinannya dengan peratus kematian. Tetapi memakan pil tidur mungkin akan memendekkan hayat.


Razak Nordin berpesan ; Anda cuba, andalah yang buat kesimpulan.  Aku. Sudah lama hilang "sebahagian" nikmat tidur. Tiada malam tanpa gangguan mimpi yang macam-macam. Entahlah. Belum ketemu punca dan titik noktah kepada sebuah persoalan.

Disedut untuk perkongsian dari Koleksi Majalah Cermin, Edisi KEEMPAT PP 12004/10/2002. Halaman 37

Share/Bookmark

Thursday, October 22, 2009

Sebaris Kata, Beberapa Makna

Sebaris Kata, Beberapa Makna


Tidak mustahak kucing itu hitam atau putih. Apa yang penting ia dapat menangkap tikus.

Razak Nordin berpesan ; Adakalanya kena waspada juga.

Share/Bookmark

Tuesday, October 20, 2009

Sabar Dan Tenang

Razak Nordin berpesan ; Sabar. Tenang. Dan rungkaikan kekusutan yang ada satu persatu. Insyaallah semuanya akan berakhir dengan baik-baik belaka. Hakikatnya. Hidup pasti ada "pasang" dan "surut"nya.

Share/Bookmark

Saturday, October 17, 2009

Satu, Dua, Tiga atau Empat Tapi Bukan Yang Kelima

Kesempatan yang ada maghrib tadi, sempat jugalah ber"kunjung" ke surau Nurul Khairiah Taman Lela Satu, Kamunting, Taiping, Perak.

Dan sempat jugalah mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan oleh ustaz jemputan.

Penceramah tersebut membacakan sebuah hadis yang ringkas dan biasa didengar tapi mungkin kurang dihayati oleh sebilangan orang.

Sekadar perkongsian apa yang dipesan oleh Rasululullah s.a.w dalam perihal menuntut ilmu ;

Pertama      : Jadilah orang alim(berilmu).
Kedua         : Atau orang yang belajar ilmu.
Ketiga         :Atau orang yang suka mendengar ilmu.
Keempat     : Atau orang yang menyayangi ketiga-tiga yang di atas.
Kelima        : Jangan jadi yang kelima, iaitu orang yang membenci keempat-empat golongan di atas. 

Razak Nordin berpesan ; Tuntutlah ilmu di mana sahaja ada kesempatan. Dari buaian hingga ke liang lahad. Jangan "selesa" dengan sedikit ilmu yang telah dimiliki.

Share/Bookmark

Friday, October 09, 2009

Jangan Berdukacita Jika Gagal, Kerana Anda Masih Memiliki Nikmat Yang Lain

Renungkanlah ungkapan ini : " Alangkah banyaknya nikmat dan anugerah Allah yang ada pada anda. Lalu bersyukurlah kepada-Nya atas semua itu dan sedarilah bahawa anda benar-benar bergayut dengan pemberian-Nya.
Allah s.w.t berfirman :
" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya." (Surah Ibrahim : 34)
"Dan Dia telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin." (Surah Luqman : 20)
"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah."(Surah An-Nahl : 53)
Allah menegaskan betapa besarnya nikmat yang Dia berikan kepada hamba-hamba-Nya sebagaimana berikut :
" Tidakkah kami telah menjadikan baginya : dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan kami)? Dan lidah serta dua bibir( untuk menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? (Surah Al Balad : 8-10)
Terlalu banyak nikmat yang terus datang dan mengalir kepada anda, antara lain ialah nikmat hidup, nikmat kesihatan, nikmat pendengaran, nikmat penglihatan, nikmat kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki, nikmat air dan udara dan nikmat makanan. Dan yang paling mulia dari semua itu adalah nikmat hidayah, yakni Islam. Adakah anda mahu menjual kedua-dua telinga anda dengan harga sejuta dolar? Adakah anda mahu menjual kedua-dua kaki anda dijual dengan harga sejuta dolar? ......Alangkah banyaknya harta yang anda punyai namun anda masih tidak bersyukur.
Digali dari La Tahzan JANGAN BERSEDIH Don,t Be Sad. Dr. 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI. Penterjemah MOHD. SOFWAN AMRULLAH. Jilid 1. Halaman 128-129
Razak Nordin ; Berpesan untuk diri sendiri dan orang lain juga.

Share/Bookmark

Tuesday, October 06, 2009

Syuhada' Yang Mendapat Keistimewaan

Pembahagian peringkat-peringkat syuhada' mempunyai 3 jenis ;
1. Syuhada' jenis khusus iaitu yang gugur di medan perang jihad Fi Sabilillah.
2. Syuhada' jenis umum iaitu yang mati pada jalan Allah atau kerana Allah selain dari perang Fi Sabilillah.
3. Syuhada' yang menyaksikan hakikat Tauhid (Syahadah al Tauhid)
Syuhada yang gugur di medan jihad Fi Sabilillah pula terbahagi kepada jihad Fi Sabilillah di medan perang kerana menentang musuh dari luar ; iaitu orang-orang kafir harbi yang mengistiharkan perang.
Jihad Fi Sabilillah di medan pertempuran dengan musuh-musuh dari dalam negara Islam sama ada menghapuskan lanun dan perompak ; atau menentang pemberontakan bersenjata ; atau mendamaikan dua puak yang bermusuh dan berperang. Dari jenis syuhada' tadi hanya syuhada' yang gugur di medan perang jihad Fi Sabilillah dengan musuh Islam dari luar sahaja yang menepati dengan istilah syuhada' seperti yang diakui oleh "Hukim Fiqh Islam". Jihad itu pula ialah jihad yang menepati dengan istilah dan syarat-syarat jihad Fi Sabilillah seperti yang diakui oleh Hukum fiqh Islam ; iaitu jihad yang mengakibatkan tawanan-tawanan perangnya itu harus dijadikan hamba mengikut hukum Fiqh Islam. Hanya syuhada' yang gugur di medan perang jihad inilah sahaja yang mendapat keistimewaan ; iaitu :
1. Tidak wajid dimandikan kerana pada hakikatnya darahnya adalah suci.
2. Tidak wajid dikafankan, demikian juga pakaiannya adalah suci.
3. Tidak wajib disembahyangkan kerana pada hakikatnya ia adalah tidak mati.
Adapun para syuhada yang selainnya tidak berhak menerima ketiga-tiga keistimewaan tersebut, sekalipun ia mungkin menerima ganjaran akhirat yang sama.
Razak Nordin berpesan ; Akan bersambung....
Rujukan : MANUSIA DAN ISLAM.JILID DUA. PANEL PENULIS DIKETUAI OLEH DR HARON DIN.Halaman 377-378

Share/Bookmark

Rabiah al Adawiyah Pernah Mengungkapkan Begini

Ketika subuh sudah tiba, maka Rabiah pun bangkit dari pembaringannya sambil berkata :
"Oh diriku, sampai bilakah engkau hendak tidur pada waktu yang sepatutnya engkau sudah bangun? Adakah engkau akan tidur untuk selama-lamanya hingga hari kiamat?"
Setelah selesai sembahyang subuh, sekali lagi Rabiah menghadapkan wajahnya kepada Allah s.w.t dan bermunajat :
"Ya Rabbi, malam telah berakhir dan siang sudah bermua. Engkau terimalah amalku sepanjang malam ini. Aku sangat bahagia jika ia Engkau terima. Tetapi aku tetap bersabar jika Engkau menolaknya. Aku akan melakukan amal selagi aku masih Engkau izinkan hidup. Sama ada Engkau suka atau tidak suka, aku akan teus berdiri di hadapan-Mu. Sekiranya Engkau mengusir aku sekalipun, aku tidak akan meninggalkan-Mu kerana aku sangat mencintai dan merindui-Mu , oh Tuhanku."
Dipetik dari Kisah Benar. CINTA SEORANG GADIS KEPADA ALLAH . MOHD SOFWAN AMRULLAH. PUSTAKA ILMU. Halaman 224 dan 225.
Razak Nordin berpesan ; Bermulanya pasti di sini , berakhirnya pula entah di mana.

Share/Bookmark

Friday, October 02, 2009

Tahukah Anda?

Dalam tubuh seorang wanita, ada satu bahagian yang diberikan nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil daripada nama Tuhan, yang bermaksud "Maha Penyayang". Allah S.W.T. tidak akan memberikan nama yang semulia itu kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Dia akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Rahim inilah penghubung kepada semua makhluk. Di dalam rahim inilah, wanita menjaga dan melahirkan ciptaan-Nya. Anugerah rahim kepada kaum wanita ini adalah bukti mereka dimuliakan oleh Allah S.W.T.
Dipetik dari Bunga Kebahagiaan"anugerah sekebun bunga dari taman iman;inilah kebahagiaan sebenar".Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Hasmariza Md Hashim. Halaman 143.
Razak Nordin berpesan ; Sehari selembar benang,lama-lama menjadi baju batik.

Share/Bookmark

Thursday, September 17, 2009

Hasad Yang "al Muhlikat"

Dari manapun pandangan yang diberikan hasad dengki tetap tercela dan dikeji oleh manusia. Dalam masyarakat manusia itulah salah satu dari penyakitnya yang melemah dan menyebabkan derita dan sengsara. Sejarah manusia sentiasa terbentang dengan berbagai peristiwa yang membuktikan kebenaran tersebut. Tentang hakikat dan akibat dari sifat ini tidak ada perbezaan di antara Islam dan bukan Islam. Hanya kekuatan aqidah keimanan ini manusia dapat memerangi dan menguasai sifat hasad yang membahayakan bukan sahaja kepada kehidupan di dunia yang penuh dengan permainan, keseronokan dan persaingan, tetapi juga lebih dahsyat dari itu, iaitu merugikan kehidupan yang sebenar dan hakiki di Akhirat.
Dari nas-nas al Quran dan hadith jelas menunjukkan bahawa hasad sangat dicela, dan dalam setengah hal sifat ini termasuk dalam kesalahan dosa besar, yang diistilahkan dalam kerohanian Islam sebagai "al-Muhlikat" atau yang membinasakan nilai amal kebaikan. Oleh kerana itu adalah menjadi kewajipan yang fadhu ain ke atas setiap muslim mengikis dan membuang sifat tercela tersebut.
Antara dalilnya ; Al Baqarah ayat 109
"Banyak di antara ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki Yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Disedut dari buku AKHLAK DAN TASAWUF. MOHD SULAIMAN BIN HJ. YASIN. FASAL 3. SIFAT HASAD. Buku ini pernah menjadi teks pengajian aku di UKM. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar dan mendidik aku.
Razak Nordin berpesan ; Berwaspadalah dengan tindak tanduk dan kata-kata . Kerana ada kalanya kebodohan "lahir" di situ tanpa perlu anda ishtiharkan ketotolan ,kebodohan dan kebengongan itu.


Share/Bookmark

Sunday, September 13, 2009

Nasihat 7

MEMBACA TERUS SURAH AL BAQARAH DI DALAM RUMAH UNTUK MENGHALAU SYAITAN

Itulah nasihat yang ke 7 dituliskan dalam buku 40 Nasihat Ke Arah Membina Suasana Keimanan Dan Kemesraan Di Dalam Rumah Tangga. Oleh MUHAMMAD SHALEH AL MUNAJJID. Terjemahan : HAJI MUHAMMAD RIVAI BATUBARA.halaman 19-20
Selanjutnya ;
Berkaitan dengan ini ada beberapa beberapa hadis, di antaranya : Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: "Jangan kamu jadikan rumah kamu itu kuburan, kerana Syaitan lari daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah Al Baqarah." Soheh Muslim, cetakan Abdul Baqi 1/53.
Dan sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: "Bacalah Surah Al Baqarah di dalam rumah kamu, kerana syaitan tidak akan masuk rumah yang di baca di dalamnya surah Al Baqarah." Diriwayatkan oleh Al Hakim di dalam Al Mustadrak 1/561, dan juga di dalam Shahibul Jami' 1170.
Di antara fadhilah dua Surah Al Baqarah yang terakhir dan kesan membacanya di dalam rumah, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menulis ketetapan sebelum menjadikan langit dan bumi beribu-ibu tahun, dan dianya di sisi Arasy, bahawa sesungguhnya Ia menurunkan daripadanya dua ayat untuk menutup Surah Al Baqarah. Dan selagi kedua ayat ini dibaca di dalam rumah selama tiga malam, pasti syaitan tidak dapat menghampirinya." Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam As Sunnah 4/274 dan lainnya, juga di dalam "Sohibul Jami'" 1799.
Razak Nordin berpesan ; Pastikan setiap waktu yang berlalu, bertambahnya satu ilmu. Insyallah, Untunglah, untunglah, untunglah. Kerana bertambah ilmu tidak memenatkan jasad dan fizikal. Tapi bertambah beban dalam kenderaan, "memenatkan" kenderaan dan menambahkan penggunaan minyaknya di musim perayaan ini.

Share/Bookmark

Saturday, September 12, 2009

Tanda-Tanda DiPilih Allah

Di sana ada orang-orang yang dipilih Allah untuk menyintainya dan yang diarah untuk meneroka jalanNya. Cubalah periksa diri anda sendiri adakah anda termasuk ke dalam golongan orang-orang ini?
Adakah anda mendapat isyarat itu?
Adakah anda sudah ternampak balam-balam pertama dari cahaya itu?
Alamat-alamatnya memang ada, yang paling pentingnya ialah anda dapati diri anda begitu senang hati dan lapang dada untuk menerima segala bimbingan-bimbingan Islam dan merasa bahagia apabila dapat melaksanakan tugas-tugas terhadap akidah anda. Jika hal ini berlaku kepada anda, maka itulah alamat bahawa anda termasuk dalam golongan orang-orang yang dipilih Allah untuk mendapat kebahagiaan. Hakikat ini dapat kita fahami dari firman Allah Yang Maha Tinggi :
Az Zumar ayat 22 ; Maksudnya "Sesiapa yang dilapangi Allah dadanya kepada bimbingan Islam, bererti ia mendapat cahaya petunjuk dari Tuhannya."
Nabi s.a.w. pernah ditanya apakah alamat apabila seorang itu telah dipilih Tuhan untuk mengikuti jalanNya atau untuk menjadi manusia rabbani?
Jawan Rasulullah, alamat-alamatnya ialah " Menjauhi negeri palsu, menyintai negeri abadi, bersedia menghadapi mati sebelum turunnya mati." Rasulullah maksudkan dengan "negeri palsu" ialah dunia, tetapi menjauhi bukanlah bererti mensia-siakan tugas berusaha mencari kebaikannya, kerana dunia adalah binatang buas jika anda memejami mata darinya, anda akan jadi seperti burung kasawari yang menyorok matanya di dalam pasir.
Menghindari dunia bererti anda tidak harus menjadi abdinya, anda tidak harus menghinakan diri untuk mencapai kepentingan dunia, anda tidak harus mengorbankan maruah dan kehormatan diri untuk menikmati nafsu dunia....bersambung insyallah.
Dipetik dari buku Langkah-Langkah Menuju Allah oleh MOHD. LABIB AL-BUHI,terjemahan : Yusoff Zaky Yacob. Halaman 1-3 dengan sedikit adunan untuk kesesuaian.
Razak Nordin berpesan ; Ilmu berkembang dengan perkongsian.

Share/Bookmark

Tuesday, September 08, 2009

Khutbah Aidilfitri 1430H

Intro ;

Muslimin muslimat sidang jemaah sekelian,


Saya berpesan kepada diri saya dan muslimin muslimat sekelian, bertakwalah kita kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar takwanya. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa kepada Allah s.w.t.


Muslimin muslimat ,


Mudah-mudahan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain yang telah kita tunaikan sepanjang Ramadhan tahun ini melahirkan sifat takwa di dalam diri masing-masing. Sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam Al Quran yang bermaksud ;


" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa kepada Allah S.W.T."


Mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam salah satu golongan di antara 3 golongan yang rugi dan celaka kerana Ramadhan datang dan pergi tetapi mereka masih tidak berubah menjadi lebih baik. Seolah-olah Ramadhan yang dilalui tidak memberi apa-apa kesan kepada jiwa nuraninya.


Allahu Akbar3x


Hari raya ini merupakan salah satu janji kegembiraan yang Allah berikan kepada orang-orang yang berpuasa benar-benar kerana Allah. Pertama, kegembiraan semasa berbuka puasa atau menyambut hari raya .Kedua kegembiraan ketika bertemu dengan Allah s.w.t. di akhirat nanti. Di mana Allah s.w.t menyediakan pintu syurga yang hanya dikhaskan kepada orang-orang yang berpuasa bernama al Rayyan.


Allahu Akbar 3x


Seterusnya, marilah di saat kita bergembira ini, kita tidak lupa untuk saling bermaaf-maafan antara kita seandainya ada kesilapan dan kealpaan yang terjadi antara kita sama ada secara sedar ataupun tidak. Marilah sama-sama kita jalinkan terus tali persaudaraan dan silaturrahim semoga dengan itu keakraban kasih serta sayang berpaksikan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T antara kita akan terus berkekalan.


Seandainya kita mempunyai kemampuan walau sekecil mana sekalipun, hulurkanlah sumbangan kita kepada golongan yang memerlukan sempena Aidilfitri ini. Ukuran di sisi Allah S.W.T. bukan bergantung kepada sedikit atau banyak sumbangan yang dihulurkan tetapi bergantung kepada keikhlasan kepada Allah S.W.T.


Firman Allah maksudnya : "Dan sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, akan dilihatnya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, nescaya akan dilihatnya."


Allah Akbar 3x


Ramadhan kali ini diharap benar-benar menjadikan kita semua hamba-hamba Allah yang tunduk dan patuh kepada Allah adalah semata-mata kerana rasa cinta dan kasih kepada Allah S.W.T. Rasa cinta dan kasih itu telah dibuktikan dengan meninggalkan perkara-perkara yang dihalalkan pada bulan-bulan yang lain selain Ramadhan. Semua itu kerana kita yakin dengan sepenuh hati bahawa segala titah perintah Allah wajib dipatuhi tanpa perlu banyak dipersoalkan kenapa dan mengapa.
Allah Akbar 3x
Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Berkuasa atas segala sesuatu seandainya sesuatu itu dilaksanakan semata-mata ikhlas kerana Allah Taala. Meninggalkan yang diharamkan oleh Allah Taala, insyallah akan mendapat anugerah yang halal daripada Allah Taala jika semua itu dilaksanakan semata-semata kerana Allah S.W.T.
Diriwayatkan pernah seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah. Perutnya ketika itu sungguh lapar kerana sudah beberapa hari dia tidak makan. Keheningan malam itu menambahkan lagi kepedihan perutnya. Tiba-tiba dia terhidu bau makanan di luar sebuah rumah. Oleh kerana imamnya yang masih belum cukup kuat pada masa itu, dia segera menyusup memasuki rumah itu. Sudah tentu tanpa izin tuan rumah.
Lelaki itu ternampak makanan yang menyelerakan terhidang di satu sudut rumah. Segera dia ingin mencapai makanan itu tetapi segera pula teringat akan kata-kata Rasullullah S.A.W. "Barangsiapa yang meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal".
Lantaran itu tidak jadi dia hendak mengambil makanan itu. Dia pun berpaling hendak pergi, namun matanya terpandang sesuatu yang menarik perhatiannya iaitu barang kemas. Ketika barang kemas itu sudah berada dalam gengamannya. Tiba-tiba dia teringat suruhan Rasulullah S.A.W. supaya meninggalkan yang haram, nanti akan mendapat yang halal. Perlahan-lahan barang kemas itu diletakkan semula ditempatnya. Dia pun segera hendak meninggalkan tempat itu dengan rasa bersalah.
Namun, ketika dia berjingkit-jingkit berjalan melintasi sebuah bilik, terpandang olehnya seorang wanita yang sedang tidur lena. Dia pun memasuki bilik itu dan menghampirinya. Maka berlakulah perebutan antara nafsu dan bisikan malaikat ketika itu. Nafsu yang pada mulanya bergelojak untuk menyentuh wanita itu akhirnya dikalahkan oleh bisikan malaikat. Lelaki itu beristighfar lalu segera melangkah meninggalkan rumah itu.
Selepas solat subuh, lelaki itu pun merebahkan badan di satu sudut masjid kerana terlalu mengantuk. Berbalik kepada wanita itu tadi. Apabila bangun dari tidur, tahulah bahawa rumahnya telah dimasuki orang. Dia pun pergi bertemu Rasulullah s.a.w. untuk mengadu dan memohon seorang pengawal supaya dapat menjaga keselamatan hartanya. Rupanya wanita itu seorang janda yang kaya. Rasulullah s.a.w. pun memandang sekeliling sekiranya terdapat orang yang boleh ditugaskan menjadi pengawal. Baginda terpandang lelaki yang sedang tidur itu. Baginda pun menemuinya dan bertanya sama ada lelaki itu sudah beristeri. Ternyata lelaki itulah adalah duda yang kematian isteri. Oleh sebab itulah dirinya tidak terurus.
Bagi menyelesaikan masalah wanita tadi, Rasulullah pun mencadangkan kedua-duanya berkahwin. Wanita itu menyatakan kesanggupannya. Namun lelaki itu terus menangis sambil menceritakan kepada Baginda apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita itu dan dia benar-benar bertaubat.
Rasulullah s.a.w. gembira kerana lelaki itu berjaya dalam menangani nafsunya. Baginda pun menikahkannya dengan wanita tersebut disaksikan para sahabat r.a.
Ternyata benarlah apa sahaja yang disabdakan oleh Baginda. Barangsiapa yang meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal. Allah s.w.t. telah mengurniakan lelaki itu hadiah yang halal atas ketakwaannya. Sekiranya kita mengaku menyintai Rasulullah s.a.w.., yakinlah setiap apa yang disampaikan Baginda kepada kita. Berusahalah meninggalkan perkara-perkara yang haram kerana Allah s.w.t. supaya Allah mengurniakan segala yang halal untuk kita.
Allah Akbar 3x
Suatu hari Junaid Al Baghdadi sakit matanya. Dia diberitahu oleh seorang tabib, jika ingin cepat sembuh jangan sampai matanya terkena air.
Ketika tabib itu pergi, dia nekad untuk berwudhuk membasuhkan mukanya untuk solat kemudiannya tidur. Anehnya, sakit matanya malah menjadi sembuh. Saat itu terdengar suara 'Junaid menjadi sembuh matanya kerana ia lebih redha kepadaKU. Seandainya ahli neraka minta kepadaKU dengan semangat Junaid nescaya Aku luluskan permintaannya' kata suara itu.
Tabib yang melihat mata Junaid sembuh itu menjadi kehairanan. "Apa yang engkau lakukan"
"Aku telah membasuh muka dan mataku kemudian solat". katanya
Tabib itu yang memang beragama Nasrani dan setelah melihat peristiwa itu, dia beriman kepada Allah s.w.t. Itu ubat dari Tuhan yang menciptakan sakit itu. Dia pulalah yang menciptakan ubatnya. Aku ini sebenarnya yang sakit mata hatiku dan Junaidlah tabibnya.
Semoga 2 kisah ringkas ini dapat menyuntik samangat Ramadhan yang telah sama-sama kita bina sepanjang Ramadhan lalu untuk menjadi insan-insan yang lebih bertakwa kepada Allah s.w.t.
Allah Akbar 3 x
Akhirnya marilah kita sama-sama mengingatkan diri masing-masing supaya sentiasa berwaspada dalam menyambut hari raya Aidil Fitri ini. Sambutan yang melampau-lampau bukanlah dari ajaran Islam yang kita anuti bersama. Melebihkan sambutan hari raya daripada ibadah pada bulan Ramadhan seakan telah menjadi budaya yang telah menjalar dan menular dalam masyarakat kita. Mudah-mudahan kita dilindungi Allah daripada termasuk dalam golongan tersebut.
Insyaallah, budaya kunjung mengunjung, perlulah diteruskan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita. Kita berdoa semoga Allah memberikan kekuatan supaya kita semua dapat meneruskan puasa 6 hari pada bulan Syawal sama ada secara berturut-turut atau secara berselang seli demi mendapat redha Allah.
Firman Allah
Maksudnya " Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, ialah mereka yang ketika disebut nama Allah menjadi takut hatinya dan apabila dibacakan kepadanya (ayat-ayat) keterangan-keteranganNya, bertambah keimanannya kerana itu dan kepada Tuhan mereka , mereka bertawakkal.
Barakallah.
*Khutbah ini pernah disampaikan pada hari raya 1429H di surau Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu.
Razak Nordin berpesan ; Terima kasih kepada jemaah yang telah memberikan penghargaan peribadi kepada aku atas khutbah yang disampaikan itu.
Saya ada "cara saya" dalam menyampaikan khutbah atau sebarang ucapan. Pilihlah gaya penyampaian yang anda suka dan harap-harap orang lain pun suka mendengarnya.

Share/Bookmark

Buatlah Minuman Yang Sedap Dari Limau Nipis Yang Masam

Orang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Manakala orang bodoh akan membuat satu musibah menjadi bertompok dan berganda.
Ketika Baginda Rasul s.a.w. dihalau dari Makkah, baginda memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berjaya membinanya menjadi satu negara yang sangat popular di telinga dan mata sejarah.
Ahmad bin Hanbal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi sebab itu pula ia kemudian menjadi imam salah satu mazhab. Ibnu Taimiyyah pernah di penjara, tetapi malah di penjara itulah ia banyak menghasilkan karya yang bermutu. As-Sarkhasi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun, tetapi ditempat itulah ia berjaya mengarang buku sebanyak 20 jilid.
Apabila Ibnul Athir dipecat dari jawatannya, ia berjaya memyelesaikan karya besarnya yang bertajuk Jami'ul Ushul dan An-Nihayah, salah satu buku paling terkenal dalam bidang hadis. Begitulah juga halnya dengan Ibnu al Jawzi, beliau pernah diasingkan dari Baghdad dan kerana itu beliau menguasai qiraah sab'ah(tujuh cara membaca al Quran)
----------
Begitulah hendaknya ketika anda ditimpa sesuatu musibah, anda perlu melihat aspek yang paling terang dan sudut positifnya ; ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesudu gula ke dalamnya; ketika mendapat hadiah seekor ular, ambil sahaja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain; ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberi kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.
" Orang yang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Manakala orang yang bodoh akan membuat satu kerugian menjadi kemuflisan."
Kawallah diri anda tidak kira apa juga bentuk dan jenis kesusahan yang anda hadapi. Dengan begitu, anda akan dapat menghadiahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada dunia.
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu."(Surah Al Baqarah: 216)
Dipetik dari buku La Tahzan, Jangan Bersedih, Don't Be Sad, Jilid 1, Karangan Dr. 'Aidh bin Abdullah Al Qarni. Halaman 32-33. Penterjemah Mohd. Sofwan Amrullah.
Razak Nordin berpesan ; Bacalah dengan nama Tuhanmu agar kita tidak tersesat jalannya.

Share/Bookmark

Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Permusuhan?

Bacalah maksud hadis di bawah ;
Ertinya :
Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy(isteri Rasulullah s.a.w.) beliau berkata :"(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka(binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan(malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari sebelahnya(jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya(Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: " Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang saleh?" Lalu Nabi s.a.w. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
HR Bukhari Muslim. Dipetik dari 40 Hadis, Peristiwa Akhir Zaman. Susunan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, Hadis Pertama. Halaman 13-14.
Razak Nordin berpesan ; Kalaulah di bulan Ramadhan yang mulia ini kejahatan masih bermahajalela, bulan manakah lagi "diharapkan" ia akan berhenti atau kita sedang menunggu azab Allah datang menimpa ? Minta Allah jauhkan kita semua dari murkanya.

Share/Bookmark

Sunday, September 06, 2009

Takwa Dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman

Sama-sama kita renungi hadis dibawah ;
Ertinya : Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : "Telah menasihati kami oleh Rasullullah S.A.W. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat(kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin( Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu(bida'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi
Dipetik dari 40 Hadis, Peristiwa Akhir Zaman. Susunan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, Hadis Pertama. Halaman 10.


Razak Nordin berpesan ; Biarlah sehari hanya selembar benang, insyaallah lama-lama nanti ia akan menjadi kain.◦
Share/Bookmark

Saturday, August 29, 2009

Nursyuhada Najihah




















Razak Nordin berpesan ; Bila dah besar nanti, wajib tutup aurat ye Along, kecik-kecik oklah lagi.


Share/Bookmark

Ruknuddin Razin Raziq























Razak Nordin berpesan ; Mungkin bakal hafiz Quran suatu hari nanti. Abi mendoakan, moga Allah perkenankan .

Share/Bookmark

AKU....

Di Taman Ular Perlis bersama Pak Awang dan Razin







Agak malu-malu

Bersama Ruknuddin Razin Raziq bin Razak

Test ambil gambar sendiri

Test lagi

Si botak asyik nak duk atas riba je




Bersama kekasih baruku, setahun dah pun, 22 September 2009, hari jadi pertama. "Pitis "lagilah tu.




Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak dengan 2 gaya berbeza



Depan Taman Budaya Sarawak

Bersama Along dan Adik

Pakai mask, langkah pencegahan H1N1

Gaya santai kat bilik Abe DE

Razak Nordin berpesan ; Kadang itu sesuatu dilakukan untuk kepuasaan diri sendiri sahaja.


Share/Bookmark

Saturday, August 22, 2009

Tiba-Tiba Teringat Kenangan Lama

Entah macam mana, tiba-tiba rasa hendak masukkan gambar kenangan lama ini dalam blog ini ;



Gambar ini diambil sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu, Sabah yang disempurnakan oleh TYT Sabah pada masa itu. Majlis tersebut diadakan di Hotel paling besar di Kota Kinabalu iaitu Hotel Sutera Harbour. Antara kenangan istimewa akulah ni semasa berkhidmat di Negeri Di Bawah Bayu . Membacakan doa sempena majlis konvokesyen tersebut. Cuma terlupa konvo kali ke berapa. Cuma aku tidak pasti sama ada barakah atau pun tidak. Harap-harap ada barakahnyalah.


Razak Nordin berpesan ; Kenangan lama kadangkala terkenang juga.◦
Share/Bookmark

Friday, August 21, 2009

Mulakan Dhuhamu Dengan Doa Ini

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikkanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih dilangit, turunkanlah dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
Razak Nordin berpesan ; Mulakan Dhuhamu dengan doa ini. Peruntukkan sedikit masa sibukmu untuk terus bermohon kepadaNya.

Share/Bookmark

Monday, August 17, 2009

Khasiat Buah Kurma

Sila link ke sini untuk melihat kelebihan buah kurma. Jangan lupa tengok khasiat buah kurma di No 1. Kesihatan bahagian C.

Razak Nordin berpesan ; Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya. Hanya manusia kadang-kadang terlupa dan terleka◦
Share/Bookmark

Sunday, August 16, 2009

Selamat Pengantin Baru...Syukurlah

Belum terlambat untuk aku ucapkan, Selamat Pengantin Baru kepada pasangan pengantin baru ini. Aku tak nak komen apa-apa, cuma nak ucapkan semoga berbahagia selalu. Hakikatnya , setiap dari kita mempunyai cerita hidup tersendiri.
Razak Nordin berpesan ; Saidina Ali pernah berkata bahawa "Yang terbaik apa yang telah berlaku(ditakdirkan untuk kita).

Share/Bookmark

Aku Masih Damai Disini

Antara dua lembah, sungaikah yang mengalir

Tiba-tiba aku teringat kepada tulisanku yang terdahulu Bahagiakah Kita Di Sini Bahagian 1. Bahagian ke 2 entah bila akan munculnya aku pun tak pasti lagi. Hakikatnya menulis amat memerlukan mood dan feel yang baik juga. Harap-harap ia datang dalam masa terdekat ni.

Razak Nordin berpesan ; Aku masih damai di sini.

Share/Bookmark

Saturday, August 15, 2009

Kenangan Di Sarawak

Gambar kat bawah ini diambil dalam perahu kecil kat sungai Sarawak. Masa tu kami dalam "perjalanan" untuk melintasi sungai sarawak tepi bandar Kuching untuk ke kedai kek Hajjah. Yang ini kiranya jalan pintaslah . Jalan daratnya jauhlah sikit. Kira kedai kek lapis yang paling "power"lah kat bandar Kuching tu. Barangkali itulah pertama kali aku naik dan mungkin tidak untuk kali keduanya. Sungguh ngeri dan menakutkan. Dahlah hari hujan. Semuanya licin-licin serta sungainya pula mengalir deras. Laluan ke penambang curam, kecil dan licin. Tambah pula masa tu isteriku mengandung anak kami yang kedua. Sambil tu dukung pula Along yang tak nak berdukung dengan aku. Yang paling aku tidak boleh lupa sampai sekarang ialah masa isteriku yang sedang mendukung anak dan dia tergelincir masa nak turun(macam pelantar tapi curam) ke perahu dalam perjalanan balik ke hotel. Tapi syukurlah, semuanya selamat walaupun kakinya sakit-sakit akibat menahan daripada jatuh tu. Debarnya aku ketika itu lalu aku berazam masa tu tidak akan mengulanginya lagi.





Razak Nordin berpesan ; Berhati-hati menempuh perjalanan hidup. Banyak onak dan duri disekelilingnya.◦
Share/Bookmark