Untaian Langkah

Tuesday, October 06, 2009

Syuhada' Yang Mendapat Keistimewaan

Pembahagian peringkat-peringkat syuhada' mempunyai 3 jenis ;
1. Syuhada' jenis khusus iaitu yang gugur di medan perang jihad Fi Sabilillah.
2. Syuhada' jenis umum iaitu yang mati pada jalan Allah atau kerana Allah selain dari perang Fi Sabilillah.
3. Syuhada' yang menyaksikan hakikat Tauhid (Syahadah al Tauhid)
Syuhada yang gugur di medan jihad Fi Sabilillah pula terbahagi kepada jihad Fi Sabilillah di medan perang kerana menentang musuh dari luar ; iaitu orang-orang kafir harbi yang mengistiharkan perang.
Jihad Fi Sabilillah di medan pertempuran dengan musuh-musuh dari dalam negara Islam sama ada menghapuskan lanun dan perompak ; atau menentang pemberontakan bersenjata ; atau mendamaikan dua puak yang bermusuh dan berperang. Dari jenis syuhada' tadi hanya syuhada' yang gugur di medan perang jihad Fi Sabilillah dengan musuh Islam dari luar sahaja yang menepati dengan istilah syuhada' seperti yang diakui oleh "Hukim Fiqh Islam". Jihad itu pula ialah jihad yang menepati dengan istilah dan syarat-syarat jihad Fi Sabilillah seperti yang diakui oleh Hukum fiqh Islam ; iaitu jihad yang mengakibatkan tawanan-tawanan perangnya itu harus dijadikan hamba mengikut hukum Fiqh Islam. Hanya syuhada' yang gugur di medan perang jihad inilah sahaja yang mendapat keistimewaan ; iaitu :
1. Tidak wajid dimandikan kerana pada hakikatnya darahnya adalah suci.
2. Tidak wajid dikafankan, demikian juga pakaiannya adalah suci.
3. Tidak wajib disembahyangkan kerana pada hakikatnya ia adalah tidak mati.
Adapun para syuhada yang selainnya tidak berhak menerima ketiga-tiga keistimewaan tersebut, sekalipun ia mungkin menerima ganjaran akhirat yang sama.
Razak Nordin berpesan ; Akan bersambung....
Rujukan : MANUSIA DAN ISLAM.JILID DUA. PANEL PENULIS DIKETUAI OLEH DR HARON DIN.Halaman 377-378

Share/Bookmark

No comments: