Untaian Langkah

Thursday, September 17, 2009

Hasad Yang "al Muhlikat"

Dari manapun pandangan yang diberikan hasad dengki tetap tercela dan dikeji oleh manusia. Dalam masyarakat manusia itulah salah satu dari penyakitnya yang melemah dan menyebabkan derita dan sengsara. Sejarah manusia sentiasa terbentang dengan berbagai peristiwa yang membuktikan kebenaran tersebut. Tentang hakikat dan akibat dari sifat ini tidak ada perbezaan di antara Islam dan bukan Islam. Hanya kekuatan aqidah keimanan ini manusia dapat memerangi dan menguasai sifat hasad yang membahayakan bukan sahaja kepada kehidupan di dunia yang penuh dengan permainan, keseronokan dan persaingan, tetapi juga lebih dahsyat dari itu, iaitu merugikan kehidupan yang sebenar dan hakiki di Akhirat.
Dari nas-nas al Quran dan hadith jelas menunjukkan bahawa hasad sangat dicela, dan dalam setengah hal sifat ini termasuk dalam kesalahan dosa besar, yang diistilahkan dalam kerohanian Islam sebagai "al-Muhlikat" atau yang membinasakan nilai amal kebaikan. Oleh kerana itu adalah menjadi kewajipan yang fadhu ain ke atas setiap muslim mengikis dan membuang sifat tercela tersebut.
Antara dalilnya ; Al Baqarah ayat 109
"Banyak di antara ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki Yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Disedut dari buku AKHLAK DAN TASAWUF. MOHD SULAIMAN BIN HJ. YASIN. FASAL 3. SIFAT HASAD. Buku ini pernah menjadi teks pengajian aku di UKM. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar dan mendidik aku.
Razak Nordin berpesan ; Berwaspadalah dengan tindak tanduk dan kata-kata . Kerana ada kalanya kebodohan "lahir" di situ tanpa perlu anda ishtiharkan ketotolan ,kebodohan dan kebengongan itu.


Share/Bookmark

No comments: