Tidur Yang Berlebihan Akan Memendekkan Hayat
Tidur selama 8 jam sehari dikatakan paling sesuai. Tetapi kajian terbaru menunjukkan tidur selama 8 jam sehari mungkin akan memendekkan hayat.
Pakar kajian Amerika Syarikat membuat kesimpulan setelah melakukan kajian ke atas 100 juta orang. Bagi mereka yang tidur 8 jam atau lebih dan mereka yang tidur 4 jam atau kurang akan memendekkan hayat mereka. Manakala mereka yang tidur hanya 6-7 jam sehari akan memanjangkan hayat.
Kajian menunjukkan ada di antara ketiduran yang panjang dengan peratus kematian. Tetapi masalahnya bagaimana saintis menjelaskan kesimpulan ini.
Tidak Perlu Tidur Terlalu Lama:
Salah sebuah laporan kajian yang dijalankan oleh Profesor Psikologikal, Carl Pocker menjelaskan bahawa lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan sama ada tubuh manusia sendiri dapat memulihkan kesihatan.
Tetapi, mereka yang tidur 6 jam sehari tidak perlulah risau sangat. Ketiduran mereka adalah mencukupi. Dari sudut kesihatan, tidak ada perlunya tidur terlalu banyak.
Menurut seorang Profesor Lois, ketiduran yang berlebihan akan menyihatkan badan menyihatkan badan merupakan satu kesilapan. Untuk memastikan ketiduran seseorang itu mencukupi atau tidak terpulanglah kepada kecergasan pada waktu siang. Tetapi, mereka yang tidur 9 jam tidak semestinya akan mati awal atau pendek hayat.
Berdasarkan kajian ini juga, satu lagi kesimpulan diperolehi di mana ketiduran berperingkat tidak ada jalinannya dengan peratus kematian. Tetapi memakan pil tidur mungkin akan memendekkan hayat.
Razak Nordin berpesan ; Anda cuba, andalah yang buat kesimpulan. Aku. Sudah lama hilang "sebahagian" nikmat tidur. Tiada malam tanpa gangguan mimpi yang macam-macam. Entahlah. Belum ketemu punca dan titik noktah kepada sebuah persoalan.
Disedut untuk perkongsian dari Koleksi Majalah Cermin, Edisi KEEMPAT PP 12004/10/2002. Halaman 37
◦
No comments:
Post a Comment