Untaian Langkah

Tuesday, September 08, 2009

Buatlah Minuman Yang Sedap Dari Limau Nipis Yang Masam

Orang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Manakala orang bodoh akan membuat satu musibah menjadi bertompok dan berganda.
Ketika Baginda Rasul s.a.w. dihalau dari Makkah, baginda memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berjaya membinanya menjadi satu negara yang sangat popular di telinga dan mata sejarah.
Ahmad bin Hanbal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi sebab itu pula ia kemudian menjadi imam salah satu mazhab. Ibnu Taimiyyah pernah di penjara, tetapi malah di penjara itulah ia banyak menghasilkan karya yang bermutu. As-Sarkhasi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun, tetapi ditempat itulah ia berjaya mengarang buku sebanyak 20 jilid.
Apabila Ibnul Athir dipecat dari jawatannya, ia berjaya memyelesaikan karya besarnya yang bertajuk Jami'ul Ushul dan An-Nihayah, salah satu buku paling terkenal dalam bidang hadis. Begitulah juga halnya dengan Ibnu al Jawzi, beliau pernah diasingkan dari Baghdad dan kerana itu beliau menguasai qiraah sab'ah(tujuh cara membaca al Quran)
----------
Begitulah hendaknya ketika anda ditimpa sesuatu musibah, anda perlu melihat aspek yang paling terang dan sudut positifnya ; ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesudu gula ke dalamnya; ketika mendapat hadiah seekor ular, ambil sahaja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain; ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberi kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.
" Orang yang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Manakala orang yang bodoh akan membuat satu kerugian menjadi kemuflisan."
Kawallah diri anda tidak kira apa juga bentuk dan jenis kesusahan yang anda hadapi. Dengan begitu, anda akan dapat menghadiahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada dunia.
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu."(Surah Al Baqarah: 216)
Dipetik dari buku La Tahzan, Jangan Bersedih, Don't Be Sad, Jilid 1, Karangan Dr. 'Aidh bin Abdullah Al Qarni. Halaman 32-33. Penterjemah Mohd. Sofwan Amrullah.
Razak Nordin berpesan ; Bacalah dengan nama Tuhanmu agar kita tidak tersesat jalannya.

Share/Bookmark

No comments: