Untaian Langkah

Tuesday, December 01, 2009

Elakkan Fitnah Untuk Agama

Saya pun sebenarnya tidak pasti wajar atau tidak membicarakan perkara yang terbuku di hati saya beberapa hari ini di blog ini. Walaupun pengunjungnya tidaklah ramai.

Antara Ya dan Tidak. Saya memilih untuk menulisnya walaupun ianya mungkin tidak disenangi atau menyentuh hati mana-mana pihak. Lalu saya memilih tajuk Elakkan Fitnah Untuk Agama. Sekurang-kurangnya lega juga rasanya hati saya ini.

Maksud saya.

Apapun yang berlaku, saya tetap melihat semua perkara dari sudut agama. Itu kemestian. Jika tidak, sia-sialah kita hidup beragama.

Pada saya, berebut-rebut membeli tiket wayang ketika hari hampir maghrib tetap menimbulkan fitnah kepada agama di pandangan penganut agama lain. Saya menjadi lebih terkilan apabila mereka datang dalam keluarga besar. Ada ayah. Ada ibu dan anak-anak. Barangkali percutian keluarga. Itu sesuatu yang baik. Silaturrahim keluarga namanya. Saya tidaklah sampai menghalang terus, tetapi pilihlah waktu yang sesuai supaya tidak menimbulkan "kegelisahan" kepada orang-orang yang peduli di sekeliling anda. Matlamat tidak sepatutnya menghalalkan semua cara.

Andaian. Mungkin mereka bermusafir dan boleh menunaikan solat jamak selepas menonton. Soalnya. Adakah ia wajar. Ketika hari hampir maghrib berebut-rebut untuk membeli tiket wayang. Tentunya tayangannya pun beberapa ketika lagi. Tepuklah dada kiri tanya iman dan jangan sesekali lupa melihatnya dari pandangan agama juga.

Razak Nordin berpesan ; Ini bukan rekaan. Saya melihatnya sendiri ketika dalam "kekalutan"  keluar dari Kamdar di suatu daerah di negeri Perak selepas selesai "membeli dan membelah" di situ. Bukan bertujuan mengaibkan sesiapa. Peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang sudi menerimanya.

Share/Bookmark

No comments: