Untaian Langkah

Saturday, September 12, 2009

Tanda-Tanda DiPilih Allah

Di sana ada orang-orang yang dipilih Allah untuk menyintainya dan yang diarah untuk meneroka jalanNya. Cubalah periksa diri anda sendiri adakah anda termasuk ke dalam golongan orang-orang ini?
Adakah anda mendapat isyarat itu?
Adakah anda sudah ternampak balam-balam pertama dari cahaya itu?
Alamat-alamatnya memang ada, yang paling pentingnya ialah anda dapati diri anda begitu senang hati dan lapang dada untuk menerima segala bimbingan-bimbingan Islam dan merasa bahagia apabila dapat melaksanakan tugas-tugas terhadap akidah anda. Jika hal ini berlaku kepada anda, maka itulah alamat bahawa anda termasuk dalam golongan orang-orang yang dipilih Allah untuk mendapat kebahagiaan. Hakikat ini dapat kita fahami dari firman Allah Yang Maha Tinggi :
Az Zumar ayat 22 ; Maksudnya "Sesiapa yang dilapangi Allah dadanya kepada bimbingan Islam, bererti ia mendapat cahaya petunjuk dari Tuhannya."
Nabi s.a.w. pernah ditanya apakah alamat apabila seorang itu telah dipilih Tuhan untuk mengikuti jalanNya atau untuk menjadi manusia rabbani?
Jawan Rasulullah, alamat-alamatnya ialah " Menjauhi negeri palsu, menyintai negeri abadi, bersedia menghadapi mati sebelum turunnya mati." Rasulullah maksudkan dengan "negeri palsu" ialah dunia, tetapi menjauhi bukanlah bererti mensia-siakan tugas berusaha mencari kebaikannya, kerana dunia adalah binatang buas jika anda memejami mata darinya, anda akan jadi seperti burung kasawari yang menyorok matanya di dalam pasir.
Menghindari dunia bererti anda tidak harus menjadi abdinya, anda tidak harus menghinakan diri untuk mencapai kepentingan dunia, anda tidak harus mengorbankan maruah dan kehormatan diri untuk menikmati nafsu dunia....bersambung insyallah.
Dipetik dari buku Langkah-Langkah Menuju Allah oleh MOHD. LABIB AL-BUHI,terjemahan : Yusoff Zaky Yacob. Halaman 1-3 dengan sedikit adunan untuk kesesuaian.
Razak Nordin berpesan ; Ilmu berkembang dengan perkongsian.

Share/Bookmark

No comments: