Untaian Langkah

Monday, December 28, 2009

Menunaikan Haji : Daftar Hari Ini Untuk Tahun 2029

Jika anda berniat untuk menunaikan ibadah haji pada masa akan datang, daftarlah sekarang!!!. Giliran anda mungkin hanya akan sampai pada tahun 2029. Mengambil iktibar dari dialog di bawah ;

"Kawe tanya tadi kat Tabung Haji Kodiang, dia(pegawai Tabung Haji)  kata, kalau daftar sekarang, tahun 2029 baru boleh pi haji, kawe nak pi daftar hari Ahad ni, bawak dua-dua sekali senang ", begitulah "kurang lebih" antara isi dialog ringkas antara saya dan En Nadzri Che Kamis yang cuba mengajuk loghat Kelantan ketika kami berjumpa secara tidak sengaja tengahari tadi di Pekan Pauh. Arau, Perlis.

Terkejut!!!

Jika mendaftar hari ini. Bermakna saya dan anda yang belum mendaftarkan diri terpaksa menunggu 20 tahun lagi untuk menunaikan ibadah haji jika betullah maklumat yang disampaikan oleh pegawai berkenaan. Itupun jika ditakdirkan panjang umurnya.

Hari ini saya berumur 37 tahun 5 bulan 24 hari. Dan jika ditambah dengan 20 tahun lagi bermakna dalam sifir matematiknya saya hanya akan dapat menunaikan haji ketika berumur 57 tahun 5 bulan 24 hari.

Kalau ditakdirkan panjang umur, mampukah saya dan anda yang seusia dengan saya menunaikan ibadah haji "dengan sempurna" dalam usia 57 tahun!!!. Tentunya selepas pencen. Entahlahh. Semuanya milik Allah S.W.T.

Razak Nordin berpesan ; Jom pakat-pakat daftar. Peringatan untuk diri dan sahabat-sahabat yang punya cita-cita untuk menunaikan ibadah haji.

Share/Bookmark

No comments: