Untaian Langkah

Friday, October 09, 2009

Jangan Berdukacita Jika Gagal, Kerana Anda Masih Memiliki Nikmat Yang Lain

Renungkanlah ungkapan ini : " Alangkah banyaknya nikmat dan anugerah Allah yang ada pada anda. Lalu bersyukurlah kepada-Nya atas semua itu dan sedarilah bahawa anda benar-benar bergayut dengan pemberian-Nya.
Allah s.w.t berfirman :
" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya." (Surah Ibrahim : 34)
"Dan Dia telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin." (Surah Luqman : 20)
"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah."(Surah An-Nahl : 53)
Allah menegaskan betapa besarnya nikmat yang Dia berikan kepada hamba-hamba-Nya sebagaimana berikut :
" Tidakkah kami telah menjadikan baginya : dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan kami)? Dan lidah serta dua bibir( untuk menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? (Surah Al Balad : 8-10)
Terlalu banyak nikmat yang terus datang dan mengalir kepada anda, antara lain ialah nikmat hidup, nikmat kesihatan, nikmat pendengaran, nikmat penglihatan, nikmat kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki, nikmat air dan udara dan nikmat makanan. Dan yang paling mulia dari semua itu adalah nikmat hidayah, yakni Islam. Adakah anda mahu menjual kedua-dua telinga anda dengan harga sejuta dolar? Adakah anda mahu menjual kedua-dua kaki anda dijual dengan harga sejuta dolar? ......Alangkah banyaknya harta yang anda punyai namun anda masih tidak bersyukur.
Digali dari La Tahzan JANGAN BERSEDIH Don,t Be Sad. Dr. 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI. Penterjemah MOHD. SOFWAN AMRULLAH. Jilid 1. Halaman 128-129
Razak Nordin ; Berpesan untuk diri sendiri dan orang lain juga.

Share/Bookmark

No comments: