Untaian Langkah

Wednesday, June 18, 2008

Bahagiakah Kita Di Sini Bahagian 1

Antara Dua Lembah..Sungaikah Yang Mengalir.

Hari ni saja aku nak tulis sikit pasal (orang-orang) sesiapa yang dapat pindah tempat kerja baru(khabarnya surat tak dapat lagi). Apapun, sebelum tu aku nak ucap tahniahlah kepada sapa2 yang dapat pindah (kerana impian tercapai) dan juga kepada sesiapa yang ditinggalkan( sila isi sendiri ruangan ini...kalau nak aku yang tulis jugak...sila respon..tq..).

Cuma aku nak sebutkan bahawa kadang-kadang manusia terlupa bahawa kita belum tentu bahagia apabila kita mendapat apa yang kita inginkan atau kehilangan sesuatu yang kita amat bencikannya.

Ingat, kita tak akan mendapat semua yang membahagiakan dalam hidup kita. Sebab itu kalau benci seseorang jangan melampau, nanti takut jatuh cinta dan sayang pulok. Kalau sayang seseorang pun sama, jangan melampau jugok, mana tau suatu hari nanti kita akan benci gila babi kat dia(atau bahasa lembutnya gila khinzir kat dia-dengan izin).

Kita(kau dan aku) pernah mengalaminya. Kalau kita ingin mencari kesempurnaan yang tiada cacat celanya, kita tunggulah sampai bila-bila(atau bahasa orang putih-u will wait forever) aku tidak berniat untuk merogol dan memperkosakan bahasa melayu-maafkan aku-aku hanya ingin mencuba.

Orang kata, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kalau nelayan ingin menunggu laut tidak bergelora baru ingin turun ke laut untuk mencari rezeki, tunggulah untuk selama-lamanya kerana laut tidak akan berhenti bergelora dan akhirnya kau(sesuaikah ganti nama ini) akan mati kebuluran(dengan izin Allah). Itu kurang cerdik namanya(bahasa kasarnya itu bodoh namanya). Gelora yang tiada penghujung itu sepatutnya menjadikan nelayan lebih kreatif untuk turun ke laut untuk mencari rezeki dan meneruskan kelangsungan hidup bukan sahaja nelayan tersebut tetapi juga orang-orang disekelilingnya.

Kita(aku-pernah mengalaminya dan kau-barangkali pernah mengalaminya juga).

Namun, aku masih berpegang pada prinsip...di mana kita bekerja dan hidup tidak penting sangat. Yang paling penting ialah kita merasa amat bahagia di mana kita bekerja dan menjalani hidup. Idea ini banyak kali jugak aku lontarkan pada ramai orang. Majoritinya bersetuju dengan pandangan aku ini.

Apa? Nak suruh aku bagi contoh. Lu fikirlah sendiri(sebut ikut intonasi abang Nabil). Dak eh melawak jer....Betulker nak suruh aku bagi contoh jugak ni....Tungguuuuu....Bahagiakah Kita Di Sini Bahagian 2 akan muncul...surprise...

p/s...Buat rakan-rakan bekas Politeknik Kota Kinabalu- Kak Min, Ahmad Tulka-tengah sambung belajar kat UKM, Mohd Zahir Abdul Kadir, Kasmani, Sepol, Shahrol -kat Poli PISAS, Zaidi Shariff dan Kak Ila(TJ), Sukun, Syukur, kat Melaka khabarnya, Yusaini dan Norizan, Zamri dan Dur, Zul adan Ayu. Cik Ku Din, Shamsul dan Liza, Hamzam-kat PTSB...Cik Kar, Rodzi, Ashok, PKK Sabah(blogger paling hangat), Farizah, Rosaini...dan lain-lain yang aku tidak tertulis tetapi melayari blog aku ni.....Hanya satu persoalan ingin sahabat lamamu tanyakan..bahagiakah kalian di sana....◦
Share/Bookmark

3 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Bahagia tu satu yang subjektif. Bahagia kerana apa? Bukannya bahagia tu terletak pada satu kayu pengukur atau satu tanda aras. Tapi secara "generalisasi"kannya mungkin. Mungkin dulu lebih bahagian dari sekarang kalau kayu pengukurnya
a. penghuni kuarters (majoritinya)
b. hubungan sosial rakan sekerja (majoritinya)

Mungkin mcm tak de bezanya
a. Ketua Jabatan
b. Modul yang diajar

Mungkin tak bahagia tang:
a. Sikap (majoritinya)
b. Tanggungjawab (majoritinya)

ya2 said...

ustaz,

walaupun namaku tidak ditulis, tetapi ku tetap ingin memberi komen.chewahhhhhhhh..

kami bahagia kt sini, dgn cara kami lah.dikelilingi 2 tanakwagu, alhamdulillah suma ok.

cuma tang kt opis je la, yg kdg2 sakit kepala nk pk.

cuti2 malaysia tu dtg2 lah melaka..