Hari ni 11 Jun 2008...aku ingin catatkan beberapa perkara.
1. Aku masih percaya kata-kata bahawa langkah seribu bermula dengan langkah pertama.
2. Pelangi yang indah tidak pernah tahu bahawa orang yang melihatnya selalu memuji keindahannya.
3. Perjuangan tidak selalunya dihamparkan dengan permaidani merah.
4. Jangan sesekali mengotorkan sejarah Islam yang telah dibina dengan tinta emas oleh para pejuang terdahulu.
5. Kesakitan ibu yang mengandung melahirkan anak umpama memukul batu untuk mendapatkan emas yang amat berharga.
6. Bunyi penukul dan bising dinding rumah bukan bertujuan untuk merobohkannya tetapi bertujuan untuk mengemaskan paku-paku yang longgar supaya dinding terus utuh dan rumah tidak roboh.
7. Jangan biar anakmu memegang tanganmu ketika melintas titi sungai ..kerana jika pegangannya terlepas, dia mungkin terjatuh ke dalam sungai.......sebaliknya engkau peganglah tangannya...mana tahu dia mungkin terjatuh tetapi engkau masih memegang tangannya.
8. Perang datang dan pergi tetapi askar akan tetap ada sampai bila-bila.
9. Jangan kau sorok buah durian dan cempedak dalam bonet kereta kerana baunya tetap dapat dihidu.
Cukuplah 9 dulu hari ni, kalau ada masa aku sambung lagi◦
No comments:
Post a Comment