Renungan hari ini.....buat insan-insan yang masih ada hati dan perasaan..hari ni aku nak bagi beberapa ungkapan jer...mintak rakan-rakan komen sket;
1. Kalau hati kosong, kepala tidak berguna lagi....
2. Lidah orang yang berakal terletak dibelakang hatinya, hati orang yang bodoh terletak dibelakang lidahnya.
3. Lidahlah yang mencipta segala bahasa, memberi suara semua fikiran dan citra, memberi keindahan terhadap lagu dan irama, yang dapat membuat hati yang rindu menjadi mesra dan lidah pulalah yang dapat memberi nasihat sehingga yang bergelora menjadi tenang.
4. Kerana lidah -lahirlah syair " Masih ada harapan sembuh kalau pedang menusuk tubuh, ke mana ubat hendak di cari kalau lidah menusuk hati".
5. Ingatlah..Usamah bin Zaid menjadi panglima perang semasa berumur 14 tahun.
6. Orang dulu kerana agama-korbankan harta benda. Orang sekarang korbankan agama kerana harta dan pangkat.
7. Bandingan orang yang ada masalah seperti seseorang pergi jumpa doktor untuk dapatkan ubat tetapi tidak memakan ubat itu, sebaliknya membaca arahannya sahaja setiap pagi dan petang dengan lekatkan arahan itu di dinding sahaja.
9. Mandul -bukan orang yang tiada anak tetapi ada anak tetapi tidak dapat kirimkan sesuatu pada masa matinya.
10. Bangkrap-bukan tiada harta-sebenarnya apabila harta tidak dapat bantu dia semasa diakhirat.
11. Kuat- dapat kawal kemarahan semasa marah, bukan gagah berlawan.
12. Allah mempunyai 100 rahmat-dengan 1 rahmat diberikan kepada makhluk menyebabkan binatang buas tidak memakan anak-anaknya. 99 rahmat lagi disimpan di sisi Allah.
13. Sebelum akhir untuk hari ni aku nak tanya hangpa semua, pasai apa Allah namakan kita semua sebagai hamba, bukan pekerja, pegawai, rakyat, buruh, warganegara.
14. Ahkir sekali aku nak tanya...apa hikmat lalat diciptakan...sedangkan kebanyakan orang mengutuknya..tentu ada hikmatnya kan?
15. Selepas akhir sekali, apasal air laut masin, tak tawar ke, payau ker....
Hangpa komen dulu....dan try bagi jawapan....kalu tak dapat jugok nanti aku habaq k. Selamat mencuba.◦
No comments:
Post a Comment