Untaian Langkah

Wednesday, June 11, 2008

HAIRAN HAIRAN HAIRAN

Apa yang aku selalu hairan dalam kebanyakan hidup aku :-

1. Orang-orang yang selalu hilang masa kerja-ke mana mereka pergi.

2. Ramai orang cakap tidak serupa bikin. Cakap lain buat lain.

3. Kenapa masih ada lagi yang parking di kawasan larangan-adakah mereka mahu terus menduga.

4. Semua program wajib hadir, tapi bila ada yang tidak hadir...tiada tindakan diambil. Hairan juga...ramai yang terus mencuba.

5. Setiap kali perhimpunan Bulanan diadakan, kehadiran diambil...tapi di manakah kehadiran itu disimpan.

6. Kenapa kereta Viva bagi lampu agar Hilux di depannya beralih ke lorong kiri di atas Lebuh Raya.

7. Ramai yang berminat jadi Warden tetapi masa bertugas asyik hilang jer.

Ini sebahagiannyalah..aku bagi muqadimmah baru...nanti aku sambung lagi lain kali◦
Share/Bookmark

No comments: