Hari ni aku cuma nak tambah beberapa ungkapan je;
1. Pembohongan yang berulang boleh dipercayai juga akhirnya-menganggap salah sebagai "betul", "separuh betul" atau" tidak betul tetapi perlu"
2. Jika berlaku perpisahan, jangan disesali pada pertemuan , kerana pertemuan itu pernah membuat kita bahagia dahulunya.
3. Kegagalan pertama selalunya di anggap sebagai pengajaran, kegagalan kali kedua dilihat sebagai kebijaksanaan, kegagalan ketiga pula dianggap sebagai kecekalan.
4. Tiada cara yang betul untuk melakukan sesuatu yang salah.
5. Jauh dijemput, dekat diturut.
6. Meninggi bukan melonjak, merendah bukannya menyembah.
7. Terlentang sama-sama menadah embun, meniarap sama-sama memakan pasir.
8. Selagi kita duduk bawah tempurung selagi itulah kita tidak tahu rupanya hujan, tidak tahu bahangnya panas, tidak tahu sejuknya malam.
9. Hargai orang rendah, ketahui bahawa sutera asalnya adalah ulat.
10. Kita mudah menangisi sebuah kematian tetapi sukar untuk menghargai kehidupan.
11. Kita menangis kerana perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yang kita sia-siakan.
12. Kebanyakan manusia yang berjaya pernah gagal dalam hidup mereka.
Setiap saat yang berdetik, kita mesti berubah ke arah yang lebih baik.◦
No comments:
Post a Comment