Diceritakan bahawa Nabi Yaaqub as bersahabat dengan Malaikat Maut. Maka pada suatu ketika Malaikat Maut datang kepada Nabi Yaaqub as. Nabi Yaaqub berkata, "Wahai Malaikat Maut engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab, "Untuk berziarah sahaja."
Lalu Nabi Yaaqub as berkata, "Aku mempunyai permintaan kepadaMu." Malaikat Maut bertanya, "Apakah permintaanMu?" Nabi Yaaqub menjawab, "Bila ajalku telah delat dan engkau hendak mencabut nyawaku, hendaklah kau beritahu aku terlebih dahulu." Malaikat Maut menjawab, "Baiklah, aku akan mengutus kepadamu dua atau tiga utusan."
Maka ketika ajal Nabi Yaaqub as telah sampai, Malaikat Maut datang lagi kepadanya, lalu ditegur Nabi Yaaqub, "Apakah engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab, "Aku datang adalah untuk mencabut nyawamu." Nabi Yaaqub bertanya dengan hairan, "Bukankah engkau telah berjanji kepadaku hendak mengutus dua atau tiga utusan terlebih dahulu?"
Malaikat Maut menjawab, "Benar dan aku telah melakukannya. Putihnya rambutmu setelah hitam, lemahnya badanmu setelah kuat dan membongkoknya tubuhmu setelah tegap, itu adalah utusanku wahai Yaaqub kepada manusia sebelum ia mati."
Waktu terus berlalu
Sedangkan dosa kian bertambah
Malaikat Maut datang bertamu
Namun hati tetap lalai
Nikmatmu di dunia
Hanyalah kepalsuan dan kerugian
◦
No comments:
Post a Comment