Untaian Langkah

Friday, January 28, 2011

Orang Islam Tidak Perlu Waswas Penggunaan Darah Tali Pusat?







Bagi umat Islam yang peduli, kesucian mengikut ketetapan hukum syarak adalah antara perkara utama yang sentiasa diambil berat.

Namun, sejak penemuan stem cell di dalam darah tali pusat timbul persoalan sama ada ia suci untuk digunakan pesakit beragama Islam walaupun terdapat bukti saintifik yang menunjukkan ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kronik seperti thalassemia major, minor, anemia dan leukimia.

Beberapa Fakta Ringkas Stem Cell Darah Tali Pusat Bayi

  1. Sel Stem dari darah tali pusat bayi datangnya dari buffy coat pada darah tali pusat bayi. Ia adalah alternatif bagi pemindahan sumsum tulang.
  2. Terdapat tiga punca stem cell. Pertama dari sum-sum tulang. Kedua dari darah peripheral dan ketiga dari tali pusat bayi.
  3. Pendermaan darah tali pusat adalah selamat dan tidak menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.
  4. Pendermaan darah tali pusat bayi perlu mendapat persetujuan ibu sama ada bertulis atau lisan.
  5. Prosedur pendermaan darah tali pusat bayi adalah sama dengan prosedur pendermaan darah biasa dan harus menepati kreteria yang telah ditentukan iaitu tidak mempunyai sebarang penyakit kronik atau penyakit keturunan, blood disorder dan sebagainya.
  6. Empat peringkat pengambilan dan penyimpanan sel stem darah tali pusat bayi :

    i. Proses dimulakan selepas bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan dari rahim ibu.
    ii.Tali pusat akan dibersihkan dengan menggunakan kaedah aseptik untuk mengelakkan kontiminasi udara. Darah dialirkan keluar secara graviti ke dalam beg yang mengandungi cecair penghalang beku.
    iii.Darah yang diambil akan dihantar ke makmal untuk proses mengasingkan darah merah, plasma dan buffy coat.
    iv.Buffy coat yang mengandungi stem cell akan melalui proses cryopreservation di mana ia akan diawet sebelum disimpan dalam tangki liquid nitrogen.

    Ringkasan Pandangan Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi

  1. Tali pusat bukanlah sebahagian daripada tubuh manusia kerana ia terpisah secara semula jadi dan bukannya di potong.
  2. Penggunaan darah tali pusat bagi tujuan perubatan pula adalah dibolehkan kerana ia terbukti mampu membawa manfaat yang besar kepada kesihatan lebih-lebih lagi dalam merawat penyakit berbahaya.
  3. Mengikut kaedah pemindahan stem cell daripada darah tali pusat ia tidak memerlukan pesakit mengambilnya melalui mulut, tambahan pula stem cell yang diambil masih lagi 'hidup' dan ia disuntik ke bahagian tertentu badan pesakit. 
  4. Tidak timbul isu sama ada darah stem cell yang diambil daripada tali pusat orang bukan Islam boleh digunakan oleh orang Islam atau tidak kerana pendekatan yang diambil adalah sama dengan menderma darah.
  5. Meskipun segelintir masyarakat Melayu masih mengamalkan menanam tali pusat bayi mereka ia sebenarnya hanyalah adat  semata-mata. Tambahan pula, yang diambil hanyalah darah di tali pusat bukannya tali pusat itu sendiri.
  6. Umat Islam seharusnya tidak berasa waswas untuk menyimpan tali pusat anak-anak mereka di tempat yang diyakini kebersihannya kerana ia mampu mengubati penyakit di kemudian hari dan ini lebih berfaedah.

    Diringkas serta diolah mengikut kesesuaian dari Majalah i-Sihat April 2007.  Rujukan lanjut pada halaman 6-11.

    Razak Nordin berpesan : Suatu percambahan harapnya.

Share/Bookmark

No comments: