Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini sudah tentunya tidak akan terlepas dari membuat sebarang dosa. Namun, sebagai manusia biasa, kita tidak boleh mengambil mudah dan sambil lewa dengan dosa-dosa kecil kerana ia boleh berubah menjadi dosa-dosa besar kerana pelbagai sebab:-
- Kerana dosa kecil itu dikerjakan terus menerus atau dikekalkan sahaja mengerjakannya tanpa ada hentinya.
- Kerana ada yang beranggapan kecil pada dosa yang dilakukan.
- Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan senang hati dan merasa nikmat.
- Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan perasaan aman dan bebas dari balasan Allah.
- Kerana dosa kecil itu dilakukan oleh orang alim yang mempunyai banyak pengikut.
- Kerana dosa kecil itu diberitahukan atau diperlihatkan kepada orang lain.
Razak Nordin berpesan : Mai pakat menghisab diri. Bukan pakat menghisab orang lain sahaja.
◦
No comments:
Post a Comment