Kuncilah rapat-rapat pintu masa lalu dan masa depan, kemudian hiduplah dalam hari ini sahaja.
1. Adakah saya akan menangguh hidup hari ini kerana takut akan hari esok atau kerana harapan yang indah di esok hari?
2. Adakah saya perlu menjadikan hari ini menjadi amat pedih dengan membayangkan hal-hal yang sudah berlaku pada masa lalu, yang sudah lapuk bersama dengan berlalunya waktu dan zaman?
3. Adakah ketika bangun pada waktu pagi, saya sudah berazam untuk menggunakan sebaik-baiknya hari ini dan mengambil faedah yang sebanyak-banyaknya dari waktu yang hanya berjumlah dua puluh empat jam ke depan?
4. Adakah saya mampu mengambil faedah dari rangkaian saat demi saat dalam hidup hari ini?
5. Bilakah saya akan mula melakukan itu semua? Minggu depan? Esok? Atau hari ini?
Razak Nordin berpesan : Jangan Bersedih Jilid 1. Halaman 177.
◦
No comments:
Post a Comment