Untaian Langkah

Friday, July 25, 2014

Kesilapan Tentang Makan Malam

Bagi menjadi kurus,

Share/Bookmark

Thursday, July 24, 2014

Minum Cara Nabi

Salah satu anjuran Nabi ialah minum seteguk demi seteguk supaya air masuk ke dalam perut secara bertahap. Melalui amalan ini, penyerapan air menjadi lebih baik. Tabiat itu juga lebih menyihatkan, lebih cepat menghilangkan dahaga dan lebih menyegarkan.

Ia diambil nafas sebanyak tiga kali bagi setiap teguk. Baca basmalah atau Bismillahirrahmanirahim sebagai pembukanya dan hamdalah sebagai penutupnya. Menurut Nabi, cara minum seperti itu lebih menyegarkan atau menyihatkan.

356 Tip Sihat Gaya Rasulullah.

Share/Bookmark

Air Sejuk Berbahaya Bagi Pencernaan

Dalam bukunya At-Thiib an Nabawi, As Suyuthi berkata air sejuk berbahaya bagi pencernaan. Elakkan meminum air sejuk kerana air sejuk mengganggu fungsi enzim-enzim pencernaan. Ini melambatkan proses pencernaan. Air sejuk juga memudaratkan organ pernafasan terutamanya sesudah memakan makanan yang bersifat panas, makanan yang bersuhu panas, makanan manis dan sesudah mandi air panas.


365 Tips Sihat Gaya Rasulullah.

Share/Bookmark

Untuk Yang Ditimpa Kesedihan

Imam Bukhari dan Muslim merekodkan, Nabi bersabda, "Setiap muslim yang ditimpa kesedihan, Allah menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." Hadis ini mengukuhkan hadis lain yang menyentuh berkenaan ganjaran bagi orang yang sabar apabila ditimpa musibah. Apabila orang yang ditimpa musibah berupa penyakit menerimanya dengan sabar, Allah membalasnya dengan kasih sayang iaitu dosa-dosa si pesakit digugurkan.

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah.

Share/Bookmark

Wednesday, July 23, 2014

Kelebihan Melawat Orang Sakit

Al Hakim merekodkan, Nabi bersabda, "Sesiapa yang melawat orang sakit, bererti dia duduk di taman-taman Syurga. Apabila dia berdiri, ditugaskan 70,000 malaikat mendoakannya hingga waktu malam." Demikianlah ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang melawat orang sakit dan memberi semangat kepada pesakit itu. Dengan demikian, pesakit itu tidak berasa sedih dan berusaha mengubati dirinya. Kita juga diperintahkan supaya mengingatkan si pesakit itu mengenai tiga perkara iaitu sabar, ikhlas dan syukur. Ini supaya Allah memudahkan penyembuhannya.

Dipetik dari Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah.

Share/Bookmark

Enam Jenis Emosi Yang Memudaratkan Kesihatan

Ada enam jenis emosi yang apabila dibiarkan akan memudaratkan kesihatan.

  •  Marah yang berlebihan dapat menyebabkan sakit jantung.
  • Takut yang berlebihan menyebabkan kemurungan.
  • Kebimbangan yang berlebihan memudaratkan buah pinggang.
  • Sedih yang berlebihan menyebabkan sakit pada paru-paru.
  • Gembira yang berlebihan menyebabkan sakit jantung.
  • Malu yang berlebihan menyebabkan penyakit seperti ulser dan penyakit hati.
Maka dengan mengawal emosi, badan akan menjadi bertambah sihat, Insya Allah.

Dipetik dari Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah.

Share/Bookmark

Tuesday, July 22, 2014

Kesan Penyakit Hati Kepada Kesihatan

Sifat dengki, sombong, suka memfitnah dan pendendam meningkatkan risiko dijangkiti barah dan hepatitis. Al Ghazali menyatakan dendam menyebabkan barah. Sifat dengki pula merosakkan beberapa organ utama dan menyebabkan gangguan hormon. Ini seterusnya menyebabkan timbulnya penyakit seperti kencing manis.

Dipetik dari Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah.

Share/Bookmark