Untaian Langkah

Monday, April 30, 2012

Wahai Generasi Muda!

Nasihat Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas ra.

"Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah, nescaya DIA akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat pena dan telah keringlah lembaran".
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas oleh Imam At Tirmizi, kataya : Hadis Hasan Sahih.

Ibnu Rajab al Hanbali berkata dalam kitabnya Jami' Ulum wal Hikam : " Hadis ini mengandungi beberapa wasiat agung dan prinsip utama mengenai perkara-perkara terpenting yang berkaitan dengan agama ini".

Nasihat Rasulullah SAW di atas disampaikan kepada sepuou beliau iaitu Abdullah bin Abbas ra, sedangkan ketika itu Ibnu Abbas masih di ambang usia pemuda. Ianya bermaksud supaya ia dapat menggunakan usia muda, kekuatan dan kecergasan yang dimilikinya dengan sebaik mungkin. Lebih-lebih lagi pemuda adalah harapan ummah. Mellaui tangan-tangan merekalah tertegaknya dakwah kebenaran dan kedailan. Sedangkanpara pendokong kebatilan dan kejahatan sangat berhajat untuk menyesatkan mereka secara bersungguh-sungguh. Oleh itu pemuda amat berhajat kepada petunjuk dan bimbingan yang lebih, agar mereka tetap teguh berhadapan dengan iblis dari kalangan manusia dan jin.

Enam Intipati.
1. Peliharalah Allah nescaya Allah memeliharamu.
2. Peliharalah Allah nescaya Allah bersamamu.
3. Mintalah sesuatu hanya kepada Allah.
4. Mintalah pertolongan daripada Allah.
5. Bertawakkal kepada Allah.
6. Masuklah ke dalam Islam secara kaffah(menyeluruh).  

Disedut serta diringkaskan dari Mihwar Bil. 13 Tahun 2002. Muka surat 23-25.

Share/Bookmark

No comments: