Untaian Langkah

Monday, December 28, 2009

Menunaikan Haji : Daftar Hari Ini Untuk Tahun 2029

Jika anda berniat untuk menunaikan ibadah haji pada masa akan datang, daftarlah sekarang!!!. Giliran anda mungkin hanya akan sampai pada tahun 2029. Mengambil iktibar dari dialog di bawah ;

"Kawe tanya tadi kat Tabung Haji Kodiang, dia(pegawai Tabung Haji)  kata, kalau daftar sekarang, tahun 2029 baru boleh pi haji, kawe nak pi daftar hari Ahad ni, bawak dua-dua sekali senang ", begitulah "kurang lebih" antara isi dialog ringkas antara saya dan En Nadzri Che Kamis yang cuba mengajuk loghat Kelantan ketika kami berjumpa secara tidak sengaja tengahari tadi di Pekan Pauh. Arau, Perlis.

Terkejut!!!

Jika mendaftar hari ini. Bermakna saya dan anda yang belum mendaftarkan diri terpaksa menunggu 20 tahun lagi untuk menunaikan ibadah haji jika betullah maklumat yang disampaikan oleh pegawai berkenaan. Itupun jika ditakdirkan panjang umurnya.

Hari ini saya berumur 37 tahun 5 bulan 24 hari. Dan jika ditambah dengan 20 tahun lagi bermakna dalam sifir matematiknya saya hanya akan dapat menunaikan haji ketika berumur 57 tahun 5 bulan 24 hari.

Kalau ditakdirkan panjang umur, mampukah saya dan anda yang seusia dengan saya menunaikan ibadah haji "dengan sempurna" dalam usia 57 tahun!!!. Tentunya selepas pencen. Entahlahh. Semuanya milik Allah S.W.T.

Razak Nordin berpesan ; Jom pakat-pakat daftar. Peringatan untuk diri dan sahabat-sahabat yang punya cita-cita untuk menunaikan ibadah haji.

Share/Bookmark

Saturday, December 12, 2009

Anda Tahu!!!..Saya Pun Ada Tawaran Juga

Saya mulakan dengan menyebutkan tentang keutamaan memberikan sedekah di jalan Allah seperti yang telah dijelaskan dalam firman Allah di bawah ;

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".(Surah Al Baqarah ayat 261)

Saya banyak menerima email-email yang mengajak saya menjana pendapatan melalui skim-skim yang mereka tawarkan. Semuanya hebat-hebat. Seolah-olah menjadi kaya itu semudah ABC. Tiada lain melainkan semuanya untuk menjadi kaya, kaya dan kaya. Duit, wang dan "pitis". Kumpul kekayaan sementara hidup. Semakin hari saya menjadi semakin rimas dengan email-email yang saya tidak langgani tersebut. Dan hari ini saya luahan di sini. Untuk renungan barang sedikit jika ada kebaikannya.

Di bawah ini. Saya tolong salin dan tampalkan di sini untuk tatapan anda. Satu contoh dari banyak-banyak contoh yang saya ada. Sesetengahnya masih ada yang saya simpan dalam inbox email ajaknordin@yahoo.com. Sesetengahnya pula saya sudah membuangnya ke dalam "tong sampah" tanpa membacanya sampai akhir pun. Maafkan saya kerana bersifat "kejam" dan betapa tidak menghargainya.

Inilah contoh yang ingin saya kongsikan. "Alamat"nya terpaksa dirahsiakan untuk tidak menyentuh hati sesiapa pun. Jika anda berminat, saya boleh tolong panjangkan untuk anda. Email saya ada di atas. Silalah email permintaan anda ke email saya.

BAKAL DILANCARKAN PADA 14 DESEMBER 2009


DISKAUN RM20 SAH SEBELUM 14 DEC 09

Jom Kita Sertai Program Reseller TunaiSegera dan Nikmati Keuntungan 100% Milik Anda.

Mahukah Anda Bekerja Secara Online Di Rumah & Jana RM200-RM1000 Sehari?

BERMODAL RM50.. ANDA BOLEH menjual semula Pakej Ebook ini dan jana keuntungan 100% MILIK ANDA ! dan..

Terima bayaran RM50 berulangkali terus ke akaun bank anda tanpa melalui admin

Realisasikan Impian Dengan TunaiSegera.com

KELEBIHAN TUNAI SEGERA!

WEBSITE REPLIKA PERCUMA

- Web replika hebat dan tidak perlu anda bersusah payah membeli domain dan hosting

SISTEM AUTODOWNLINE

- Jika prospek daftar melalui web anda, automatik dia akan menjadi downline anda.

PEMBAYARAN TERUS KE AKAUN ANDA

- Anda hanya perlu mempromosikan web replika anda dan nikmati keuntungan 100%.

TAWARAN ISTIMEWA PRA PELANCARAN!

RM50

Kini Hanya RM30 sebelum 14 Dec 09

Walaupun jumlah tertera RM50

WOW!! BAYAR RM30 DAPAT RM50 SELEPAS 14 DEC 09)

Klik sini sekarang! Daftar PERCUMA

Itulah salah satu contoh dari bertimbun-timbun email yang saya terima. Hanya satu tujuan. Mengajak saya untuk menjadi "kaya" seperti mereka barangkali. Betul ke. Entahlah. Maafkan saya. Saya sebenarnya masih prejudis dengan manusia akhir zaman yang ingin berkongsi kekayaan dunia dengan orang lain. Jika betul begitu. Syukurlah. Merekalah antara manusia contoh di akhir zaman ini barangkalinya. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa berbakti untuk manusia sejagat. Kerana pengalaman mengajar saya bahawa "jarang-jarang" manusia yang saya temui sedemikian  melainkan kebanyakkannya ingin membolot semuanya. Tiada data dan statistik. Hanya dari permerhatian serta "merasai dan mengalamiya"  sendiri dari pengalaman hidup yang masih beruntaian ini. Andai telahan saya silap, itu tandanya saya juga manusia seperti anda. Pasti ada silapnya. Pohon kemaafan banyak-banyak.

Maaf. Kepada semua yang telah menghantar email yang serupa dan hampir serupa ke ajaknordin@yahoo.com. Buat masa ini saya masih belum berminat.

Cumanya. Saya ada sedikit permintaan kecil. Jika tidak keberatan bolehlah salurkan RM 100 daripada RM 1000 sehari yang anda dapat ke akuan Maybank saya setiap hari. Akaun Maybank saya(102064055207). Saya amat berbesar hati.

Atau salurkan ke  akaun Pusat Islam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Di Sini


Kenapa? Lihat ayat 261 Surah al Baqarah. Saya pun ada tawaran untuk anda juga.


Razak Nordin berpesan ; Temui saya juga di pokok-kayu.blogspot.com

Share/Bookmark

Monday, December 07, 2009

Mutiara Hikmah Saidina Ali bin Abi Thalib k.w

Saidina Ali pernah memberikan nasihat ;

1. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan kalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

2. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

3. Jagailah ibubapamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu.

4. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatlah kesusahanmu dengan mendirikan solat.

5. Mengajar adalah belajar.

6.Insan terbahagi kepada tiga : Mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak akan mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

7. Sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya.

8. Kegelisahan adalah lebih sukar daripada kesabaran.

9. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang ia lihat.

10. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

Razak Nordin berpesan ; Dipetik untuk perkongsian dari Fadhilat Ayat-Ayat Al Quran. Gabungan 4 Dalam 1. Dihimpunkan oleh Wan Md Jamal Bin Haji Md Saman dan Ani Rahayu M Gapar.Halaman 93-95.

Share/Bookmark

Tuesday, December 01, 2009

Elakkan Fitnah Untuk Agama

Saya pun sebenarnya tidak pasti wajar atau tidak membicarakan perkara yang terbuku di hati saya beberapa hari ini di blog ini. Walaupun pengunjungnya tidaklah ramai.

Antara Ya dan Tidak. Saya memilih untuk menulisnya walaupun ianya mungkin tidak disenangi atau menyentuh hati mana-mana pihak. Lalu saya memilih tajuk Elakkan Fitnah Untuk Agama. Sekurang-kurangnya lega juga rasanya hati saya ini.

Maksud saya.

Apapun yang berlaku, saya tetap melihat semua perkara dari sudut agama. Itu kemestian. Jika tidak, sia-sialah kita hidup beragama.

Pada saya, berebut-rebut membeli tiket wayang ketika hari hampir maghrib tetap menimbulkan fitnah kepada agama di pandangan penganut agama lain. Saya menjadi lebih terkilan apabila mereka datang dalam keluarga besar. Ada ayah. Ada ibu dan anak-anak. Barangkali percutian keluarga. Itu sesuatu yang baik. Silaturrahim keluarga namanya. Saya tidaklah sampai menghalang terus, tetapi pilihlah waktu yang sesuai supaya tidak menimbulkan "kegelisahan" kepada orang-orang yang peduli di sekeliling anda. Matlamat tidak sepatutnya menghalalkan semua cara.

Andaian. Mungkin mereka bermusafir dan boleh menunaikan solat jamak selepas menonton. Soalnya. Adakah ia wajar. Ketika hari hampir maghrib berebut-rebut untuk membeli tiket wayang. Tentunya tayangannya pun beberapa ketika lagi. Tepuklah dada kiri tanya iman dan jangan sesekali lupa melihatnya dari pandangan agama juga.

Razak Nordin berpesan ; Ini bukan rekaan. Saya melihatnya sendiri ketika dalam "kekalutan"  keluar dari Kamdar di suatu daerah di negeri Perak selepas selesai "membeli dan membelah" di situ. Bukan bertujuan mengaibkan sesiapa. Peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang sudi menerimanya.

Share/Bookmark