Untaian Langkah

Thursday, October 22, 2009

Sebaris Kata, Beberapa Makna

Sebaris Kata, Beberapa Makna


Tidak mustahak kucing itu hitam atau putih. Apa yang penting ia dapat menangkap tikus.

Razak Nordin berpesan ; Adakalanya kena waspada juga.

Share/Bookmark

Tuesday, October 20, 2009

Sabar Dan Tenang

Razak Nordin berpesan ; Sabar. Tenang. Dan rungkaikan kekusutan yang ada satu persatu. Insyaallah semuanya akan berakhir dengan baik-baik belaka. Hakikatnya. Hidup pasti ada "pasang" dan "surut"nya.

Share/Bookmark

Saturday, October 17, 2009

Satu, Dua, Tiga atau Empat Tapi Bukan Yang Kelima

Kesempatan yang ada maghrib tadi, sempat jugalah ber"kunjung" ke surau Nurul Khairiah Taman Lela Satu, Kamunting, Taiping, Perak.

Dan sempat jugalah mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan oleh ustaz jemputan.

Penceramah tersebut membacakan sebuah hadis yang ringkas dan biasa didengar tapi mungkin kurang dihayati oleh sebilangan orang.

Sekadar perkongsian apa yang dipesan oleh Rasululullah s.a.w dalam perihal menuntut ilmu ;

Pertama      : Jadilah orang alim(berilmu).
Kedua         : Atau orang yang belajar ilmu.
Ketiga         :Atau orang yang suka mendengar ilmu.
Keempat     : Atau orang yang menyayangi ketiga-tiga yang di atas.
Kelima        : Jangan jadi yang kelima, iaitu orang yang membenci keempat-empat golongan di atas. 

Razak Nordin berpesan ; Tuntutlah ilmu di mana sahaja ada kesempatan. Dari buaian hingga ke liang lahad. Jangan "selesa" dengan sedikit ilmu yang telah dimiliki.

Share/Bookmark

Friday, October 09, 2009

Jangan Berdukacita Jika Gagal, Kerana Anda Masih Memiliki Nikmat Yang Lain

Renungkanlah ungkapan ini : " Alangkah banyaknya nikmat dan anugerah Allah yang ada pada anda. Lalu bersyukurlah kepada-Nya atas semua itu dan sedarilah bahawa anda benar-benar bergayut dengan pemberian-Nya.
Allah s.w.t berfirman :
" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya." (Surah Ibrahim : 34)
"Dan Dia telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin." (Surah Luqman : 20)
"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah."(Surah An-Nahl : 53)
Allah menegaskan betapa besarnya nikmat yang Dia berikan kepada hamba-hamba-Nya sebagaimana berikut :
" Tidakkah kami telah menjadikan baginya : dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan kami)? Dan lidah serta dua bibir( untuk menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? (Surah Al Balad : 8-10)
Terlalu banyak nikmat yang terus datang dan mengalir kepada anda, antara lain ialah nikmat hidup, nikmat kesihatan, nikmat pendengaran, nikmat penglihatan, nikmat kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki, nikmat air dan udara dan nikmat makanan. Dan yang paling mulia dari semua itu adalah nikmat hidayah, yakni Islam. Adakah anda mahu menjual kedua-dua telinga anda dengan harga sejuta dolar? Adakah anda mahu menjual kedua-dua kaki anda dijual dengan harga sejuta dolar? ......Alangkah banyaknya harta yang anda punyai namun anda masih tidak bersyukur.
Digali dari La Tahzan JANGAN BERSEDIH Don,t Be Sad. Dr. 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI. Penterjemah MOHD. SOFWAN AMRULLAH. Jilid 1. Halaman 128-129
Razak Nordin ; Berpesan untuk diri sendiri dan orang lain juga.

Share/Bookmark

Tuesday, October 06, 2009

Syuhada' Yang Mendapat Keistimewaan

Pembahagian peringkat-peringkat syuhada' mempunyai 3 jenis ;
1. Syuhada' jenis khusus iaitu yang gugur di medan perang jihad Fi Sabilillah.
2. Syuhada' jenis umum iaitu yang mati pada jalan Allah atau kerana Allah selain dari perang Fi Sabilillah.
3. Syuhada' yang menyaksikan hakikat Tauhid (Syahadah al Tauhid)
Syuhada yang gugur di medan jihad Fi Sabilillah pula terbahagi kepada jihad Fi Sabilillah di medan perang kerana menentang musuh dari luar ; iaitu orang-orang kafir harbi yang mengistiharkan perang.
Jihad Fi Sabilillah di medan pertempuran dengan musuh-musuh dari dalam negara Islam sama ada menghapuskan lanun dan perompak ; atau menentang pemberontakan bersenjata ; atau mendamaikan dua puak yang bermusuh dan berperang. Dari jenis syuhada' tadi hanya syuhada' yang gugur di medan perang jihad Fi Sabilillah dengan musuh Islam dari luar sahaja yang menepati dengan istilah syuhada' seperti yang diakui oleh "Hukim Fiqh Islam". Jihad itu pula ialah jihad yang menepati dengan istilah dan syarat-syarat jihad Fi Sabilillah seperti yang diakui oleh Hukum fiqh Islam ; iaitu jihad yang mengakibatkan tawanan-tawanan perangnya itu harus dijadikan hamba mengikut hukum Fiqh Islam. Hanya syuhada' yang gugur di medan perang jihad inilah sahaja yang mendapat keistimewaan ; iaitu :
1. Tidak wajid dimandikan kerana pada hakikatnya darahnya adalah suci.
2. Tidak wajid dikafankan, demikian juga pakaiannya adalah suci.
3. Tidak wajib disembahyangkan kerana pada hakikatnya ia adalah tidak mati.
Adapun para syuhada yang selainnya tidak berhak menerima ketiga-tiga keistimewaan tersebut, sekalipun ia mungkin menerima ganjaran akhirat yang sama.
Razak Nordin berpesan ; Akan bersambung....
Rujukan : MANUSIA DAN ISLAM.JILID DUA. PANEL PENULIS DIKETUAI OLEH DR HARON DIN.Halaman 377-378

Share/Bookmark

Rabiah al Adawiyah Pernah Mengungkapkan Begini

Ketika subuh sudah tiba, maka Rabiah pun bangkit dari pembaringannya sambil berkata :
"Oh diriku, sampai bilakah engkau hendak tidur pada waktu yang sepatutnya engkau sudah bangun? Adakah engkau akan tidur untuk selama-lamanya hingga hari kiamat?"
Setelah selesai sembahyang subuh, sekali lagi Rabiah menghadapkan wajahnya kepada Allah s.w.t dan bermunajat :
"Ya Rabbi, malam telah berakhir dan siang sudah bermua. Engkau terimalah amalku sepanjang malam ini. Aku sangat bahagia jika ia Engkau terima. Tetapi aku tetap bersabar jika Engkau menolaknya. Aku akan melakukan amal selagi aku masih Engkau izinkan hidup. Sama ada Engkau suka atau tidak suka, aku akan teus berdiri di hadapan-Mu. Sekiranya Engkau mengusir aku sekalipun, aku tidak akan meninggalkan-Mu kerana aku sangat mencintai dan merindui-Mu , oh Tuhanku."
Dipetik dari Kisah Benar. CINTA SEORANG GADIS KEPADA ALLAH . MOHD SOFWAN AMRULLAH. PUSTAKA ILMU. Halaman 224 dan 225.
Razak Nordin berpesan ; Bermulanya pasti di sini , berakhirnya pula entah di mana.

Share/Bookmark

Friday, October 02, 2009

Tahukah Anda?

Dalam tubuh seorang wanita, ada satu bahagian yang diberikan nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil daripada nama Tuhan, yang bermaksud "Maha Penyayang". Allah S.W.T. tidak akan memberikan nama yang semulia itu kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Dia akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Rahim inilah penghubung kepada semua makhluk. Di dalam rahim inilah, wanita menjaga dan melahirkan ciptaan-Nya. Anugerah rahim kepada kaum wanita ini adalah bukti mereka dimuliakan oleh Allah S.W.T.
Dipetik dari Bunga Kebahagiaan"anugerah sekebun bunga dari taman iman;inilah kebahagiaan sebenar".Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Hasmariza Md Hashim. Halaman 143.
Razak Nordin berpesan ; Sehari selembar benang,lama-lama menjadi baju batik.

Share/Bookmark