Untaian Langkah

Monday, April 30, 2012

Wahai Generasi Muda!

Nasihat Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas ra.

"Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah, nescaya DIA akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat pena dan telah keringlah lembaran".
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas oleh Imam At Tirmizi, kataya : Hadis Hasan Sahih.

Ibnu Rajab al Hanbali berkata dalam kitabnya Jami' Ulum wal Hikam : " Hadis ini mengandungi beberapa wasiat agung dan prinsip utama mengenai perkara-perkara terpenting yang berkaitan dengan agama ini".

Nasihat Rasulullah SAW di atas disampaikan kepada sepuou beliau iaitu Abdullah bin Abbas ra, sedangkan ketika itu Ibnu Abbas masih di ambang usia pemuda. Ianya bermaksud supaya ia dapat menggunakan usia muda, kekuatan dan kecergasan yang dimilikinya dengan sebaik mungkin. Lebih-lebih lagi pemuda adalah harapan ummah. Mellaui tangan-tangan merekalah tertegaknya dakwah kebenaran dan kedailan. Sedangkanpara pendokong kebatilan dan kejahatan sangat berhajat untuk menyesatkan mereka secara bersungguh-sungguh. Oleh itu pemuda amat berhajat kepada petunjuk dan bimbingan yang lebih, agar mereka tetap teguh berhadapan dengan iblis dari kalangan manusia dan jin.

Enam Intipati.
1. Peliharalah Allah nescaya Allah memeliharamu.
2. Peliharalah Allah nescaya Allah bersamamu.
3. Mintalah sesuatu hanya kepada Allah.
4. Mintalah pertolongan daripada Allah.
5. Bertawakkal kepada Allah.
6. Masuklah ke dalam Islam secara kaffah(menyeluruh).  

Disedut serta diringkaskan dari Mihwar Bil. 13 Tahun 2002. Muka surat 23-25.

Share/Bookmark

Friday, April 27, 2012

Remaja Bernama Usamah bin Zaid

Ketika mereka berangan-angan : "Andai aku Usamah bin Zaid".

Usamah adalah anak kepada Zaid bin Harithah ra, iaitu seorang pembantu pemberian isteri Rasulullah, Khadijah kepada baginda. Zaid dimerdekakan oleh Rasulullah serta diangkat sebagai anak oleh baginda SAW. Ibunda beliau adalah Ummu Aiman ra, yang telah dinikahkan oleh Rasul SAW kepada Zaid bin Harithah. Ibu dari Usamah ini adalah 'berkah dari Habasyah' dan digelar dengan Ummu Aiman, seorang sahabiah yang mengasuh baginda Rasulullah SAW ketika beliau kecil lagi. Kedua ibu bapa Usamah adalah di antara orang-orang yang amat dicintai oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW sangat mencintai Usamah, sepertimana baginda SAW mencintai Al Hasan putra Ali ibni Thalib ra dengan Fatimah az Zahra ra. Usamah bin Zaid merupakan sahabat dekat dari Hasan bin Ali ra, bahkan mereka adalah sahabat sepermainan. Rasulullah SAW mencintai mereka berdua sehingga sehingga suatu masa Rasulullah mendukung keduanya serta memeluk mereka seraya berdoa : "Ya Allah sesungguhnya aku mencintai mereka berdua, maka cintailah olehMU keduanya". 

Usamah merupakan peribadi remaja yang cerdas, luar biasa keberaniannya, bijaksana dalam meletakkan segala urusan pada tempatnya, bersih suci dari kotoran-kotoran jiwa , mesra serta dicintai oleh manusia, takwa lagi warak sehingga dicintai oleh Allah SWT.  

Pada masa peperangan Uhud, datanglah Usamah bersama beberapa orang suruhan dari kalangan putera para sahabat Rasul SAW ingin menyertai jihad. Maka Rasulullah memilih sebahagian di antara mereka dan menolak sebahagian yang lain disebabkan oleh umurnya yang yang masih muda lagi. Usamah adalah di antara yang ditolak oleh Rasul SAW. Kemudian Usamah beredar dengan kedua mata kecilnya banjir dengan air mata, berasa sedih kerana tidak dapat berjihad di bawah panji-panji Rasulullah.

Pada masa tercetus peperangan Khandak, sekali lagi Usamah datang bersama-sama putera para sahabat. Beliau meninggikan badannya agar kelihatan sebaya dengan pemuda-pemuda yang lain agar dipilih oleh Rasulullah SAW. Maka Rasulullah memilihnya untuk menyertai jihad. Usamah membawa pedang dalam jihad di jalan Allah ini pada ketika umurnya baru 15 tahun.

Dalam peperangan Hunain, manakala umat Islam mengalami kekalahan, Usamah beserta Abbas bin Abdul Muthalib bapa saudara Rasul SAW, Abu Sofyan Ibni Harith serta 6 orang dari kalangan sahabat yang mulia tetap teguh menghadapi musuh. Kemudiannya Rasulullah bersama kumpulan kecil mukmin pemberani ini akhirnya dapat membalikkan keadaan sehingga memperolehi kemenangan.

Dalam peperangan Mu'tah, berjihadlah Usamah bin zaid di bawah panji-panji peperangan yang di bawa oleh ayah beliau iaitu Zaid bin Harithah. Dengan matakepalanya sendiri beliau menyaksikan keguguran ayahnya.  Namun beliau tidak tergugat  di atas kesyahidan ayahnya bahkan beliau terus berjuang di bawah panji-panji Jaafra bin Abi Thalib ra sehingga syahidnya Jaafar. Dan sehingga panji-panji jihad dipimpin oleh Abdullah bin Jarrah ra beliau tetap berjuang serta menyaksikan Abdullah menyusul kedua sahabatnya terdahulu menemui Allah dalam keadaan mulia. Beliau tetap bersama mujahidin dari kalangan muslimin, berjuang di bawah pimpinan Khalid bin walid ra sehingga pasukan yang sedikit itu menang.

Usamah mewakili generasi remaja dari kalangan sahabat Rasulullah yang mewarisi sifat-sifat mulia ayah beliau iaitu Zaid bin Harithah ra. Beliau dibimbing serta ditarbiyah secara terus oleh Rasulullah dan ayahandanya sendiri akan nilai-nilai kemuliaan manusia sesuai dengan ajaran Islam yang bersumberkan dari Quran dan As Sunnah.

Keperibadian Usamah yang begitu menonjol dengan akhlak serta sifat-sifat kepimpinan yang telah pun nampak semenjak kecil lagi, telah membuat Rasulullah mencintai beliau sepertimana Rasul SAW mencintai bapanya, Zaid. Sebaliknya, Usamah adalah antara remaja yang sangat mencintai Allah dan Rasulullah SAW. Jiwa patriot yang melekat dalam dirinya, membentuk peribadi Usamah yang halus tetapi tegas serta disiplin. Beliau sangat membenci kemunafikan walau sekecil apapun, serta mencintai kebenaran awalaupun untuk menegakkannya memerlukan pengorbanan yang besar.

Dua puluh tahun, beliau digembeleng oleh Rasulullah dengan asas-asas keimanan yang mantap, akhlak yang terpuji serta jiwa teladan dan kepimpinan, melahirkan Usamah sebagai seorang remaja yang matang. Pada usianya yang semuda itu iaitu 20 tahun, beliau telahpun berumahtangga serta mempunyai 3 orang anak. Sifat-sifat yang menonjol inilah membuat Rasulullah SAW menugaskan beliau untuk memimpin pasukan muslimin bagi menyerang Romawi, ketika beliau masih berumur belum menjangkau umur 20 tahun. Nama beliau dituliskan dengan tinta emas sebagai panglima pasukan muslimin termuda dalam sirah Nabi SAW. 

Sebelum pasukan beliau berangkat ke Romawi, Rasulullah SAW wafat. Pangganti baginda SAW iaitu Abu Bakar As Siddiq ra, tetap meneruskan cita-cita Rasulullah bagi mengirimkan pasukan ke Romawi dengan pimpinan Usamah bin zaid sebagai panglima. Suatu penghormatan kepada Usamah kerana kualiti serta keperibadiannya yang unggul. Suatu contoh peribadi yang jauh dari sifat-sifat merosak seperti kaki pukul, kaki botol, kaki perempuan, kaki maksiat, kaki lepak, malas berusaha dan sebagainya sepertimana kita dapati pada kebanyakan remaja Islam pada hari ini.

Sifat-Sifat Remaja Seperti Usamah

1. Hanif. Bakat semulajadi yang sesuai dengan fitrah penciptaan manusia, apabila ianya dijaga, dibimbing serta dikembangkan oleh ibu bapa yang soleh, ia boleh mendorong datangnya hidayah Allah terus menembus hati nurani manusia, melekat kuat bagi menyemai benih-benih keimanan sehingga ia tumbuh dan berkembang secara semulajadi. Allah SWT berfirman : "Sesungguhnya Al Quran diturunkan oleh Tuhan semesta alam. Diturunkan melalui ruh yang suci aiatu Jibril. Kedalam hati engkau (Ya Muhammad) supaya engkau memberi peringatan" (As Syuaara : 192 -194).

2. Iman yang mantap.
Keyakinan yang tinggi akan adanya Allah sebagai Rabb( Tauhid Rububiyah) serta sebagai Ilah (Tauhid Uluhiyyah), membentuk peribadi yang menyerahkan segala persoalan hidup dan matinya kepada Allah, sesuai dengan panduan Al Quran. Athar Ibni Umar ra : "Aku pernah hidup sejenak dimana setiap orang di antara kami diberikan Iman sebelum Quran. Dan turunlah pada masa itu surah-surah(ayat-ayat Allah) yang mengajarkan tentang halal dan haram, perintah serta larangan. Kemudiannya mereka bersikap sepertimana yang dituntut oleh ayat-ayat tersebut" (riwayat At tirmizi).

3. Keperibadian yang terpuji.
Seorang sahabat Rasulullah SAW bertanya kepada Ummul Mukminin Aisyah ra mengenai akhlak Rasulullah SAW, Aisyah menjawab : " Akhlak Rasulullah adalah Al Quran".

4. Memahami Islam secara kafah(menyeluruh).
Pemahaman yang betul pula akan membentuk perasaan seorang Islam untuk mencintai atau membenci sesuatu dengan tepat serta bersangka baik atau bersangka buruk. Ianya akan mencelup keyakinan, car apandang, perasaan, penampilan serta perilaku sehari-hari. Sehingga seorang Islam itu dapat menempatkan dirinya sesuai dengan keadaan masyarakat sekelilingnya. Ia mencintai masyarakat dan masyarakat pun mencintainya.

5. Tegas, disiplin dan bijaksana.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawabannya diakhirat nanti".
Sifat tegas, disiplin lagi bijaksana melahirkan remaja yang sentiasa siap untuk maju ke hadapan dengan optimis meskipun halangan dan rintangan menghalang di hadapannya. Sifat ini sangat diperlukan bagi memimpin pasukan dalam menghadapi perjuangan hidup yang penuh cabaran. Ketegasan dalam memberi arahan, disiplin dalam mengatur barisan serta bijaksana mengatur strategi perjuangan sangat diperlukan bagi menjayakan sesuatu program atau aktiviti. 

6. Bersungguh-sungguh( mujahadah) dalam amalnya.
Bermujahadah atau jihad merupakan garis perjuangan seorang mukmin sejati, iaitu mukmin yang menyedari erti kehidupan makhluk di sisi Allah sebagai khaliknya. mukmin sedemikian akan redha kalau sekiranya seluruh hidup dan kehidupannya dikorbankan dalam perjuangan menegak Islam bagi mendapatkan keredhaan Allah. Firman Allah yang bermaksud : "Di antara orang-orang mukmin ada beberapa lelaki yang menepati apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka di antara mereka ada yang telah sampai ajalnya (syahid) dan di antara mereka ada yang menanti-nantikannya, dan mereka tiada menukar(janji) dengan tukaran apapun" (Al Ahzab : 23).

7. Sentiasa bertaubat.
Rasulullah  SAW bersabda yang bermaksud : " Mintalah ampunan dari Allah kerana aku beristighfar sehari semalam tidak kurang dari tujuh puluh kali".

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Manusia seumpama seratus ekor unta..hampir-hampir kamu tidak dapat memilih yang terbaik daripadanya kecuali hanya seekor anak unta jantan".

Wallahu A'lam.

Diringkaskan serta disesuaikan dari Majalah Mihwar Bil 13 Tahun 2002. Halaman 4-12.

Share/Bookmark

Tiga Pengajaran Dan Nasihat

Kata-kata hikmah Arab ada menyebutkan ;

Terjemahannya ; -
Batu tidak akan menjadi lembut (walaupun lama) di dalam air; begitu jugalah nasihat dan pengajaran tidak berkesan ke atas hati yang keras.

Ramai orang yang rajin beribadah binasa kerana kagum pada dirinya ; dan ramai orang yang sihat binasa kerana kesihatannya.

Ramai orang kaya binasa kerana kekayaannya ; dan ramai orang miskin binasa kerana kemiskinannya.

Share/Bookmark

Thursday, April 26, 2012

Penemuan Fadilat Menyebut Allah Dan Membaca Al Quran Dari Sudut Perubatan


Allah telah menjelaskan bahawa kitab suciNya Al Quran mempunyai banyak manfaat bagi umat manusia. Selain daripada ia memberi petunjuk dan membezakan di antara yang hak dengan yang batil, Al Quran juga adalah ubat(penawar) bagi pelbagai jenis penyakit. Salah satu ayat yang mengisytiharkan kenyataan ini ialah firman Allah yang bermaksud :

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."(Yunus : 57)

Sehubungan dengan penjelasan Allah tersebut, banyak pihak telah menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap kebenarannya. Sesuatu hal yang membanggakan ialah usaha seumpamanya bukan sahaja diterokai oleh para sarjana dan ilmuan Islam, malahan mereka yang bukan Islam pun turut menyelami Al Quran untuk melihat sejauh mana kerelevenannya terhadap sains dan perubatan. Seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Qatar, "Arraya Daily" terbitan 24 Mac 2002, seorang ahli psikologi bukan Islam telah menemukan kesan serta fadilat menyebut secara berulang-ulang kata "ALLAH" dalam menyembuhkan penyakit jiwa.

Vander Hovan, seorang ahli psikologi dari Belanda, mengumumkan penemuan barunya ini setelah didapati bahawa memang ada kesan yang positih daripada amalan membaca Al Quran dan menyebut "ALLAH" secara berulang-ulang terhadap orang yang sakit dan orang yang sihat. Profesor berbangsa BElanda itu mengesahkan penemuannya itu berikutan dengan kajian dan penyelidikan yang dilakukannya ke atas para pesakit selama tiga tahun. Pesakit-pesakitnya terdiri daripada orang yang bukan Islam dan sesetengahnya pula tidak berbahasa Arab tetapi mereka dilatih untuk menyebut kata "ALLAH" dengan betul dan jelas. Hasilnya sangatlah memberangsangkan, khususnya ke atas mereka yang selalu muram atau bersedih dan menderita tekanan perasaan.

Sementara itu, sebuah akhbar harian Saudi, Al Watan menyiarkan berita tentang kenyataan ahli psikologi berkenaan yang mendakwa bahawa orang-orang muslim yang boleh membaca tulisan Arab dan selalu membaca al Quran akan terhindar daripada terkena sakit jiwa. Setiap huruf dalam kata "ALLAH" misalnya memberi kesan kepada penyembuhan penyakit yang berkaitan dengan jiwa. Beliau menunjukkan dalam penyelidikannya bagaimana dengan menyebut huruf pertama dalam "ALLAH" iaitu huruf (A)(    ) keluar daripada organ-organ sistem pernafasan mengawal pernafasan. Manakala menyebut konsonan (L) (     ) ala sebutan Arab, dengan lidah menyentuh sedikit pada bahagian atasrahang menghasilkan jeda(pause) yang sebentar dan kemudian mengulang-ulang jeda yang sama terus-menerus dapat mengurangkan tekanan hembusan nafas yang keras. Sementara menyebut huruf yang terakhir (H) (     ) akan menimbulkan hubungan di antara paru-paru dengan jantung, dan dengan hal yang demikian degupan jantung terkawal.

Apa yang menarik dalam penemuan yang bermakna itu ialah ahli psikologi terbabit bukanlah seorang Islam tetapi begitu berminat terhadap sains Islam dan menyelami rahsia-rahsia yang terkandung di dalam kitab suci Al Quran yang Maha Agung itu. Sesungguhnya ini adalah di antara tanda-tanda sifat Pemurah dan Kebesaran Allah yang yang diperlihatkanNya kepada manusia bahawa AL Quran itu adalah benar dan memberi rahmat kepada sesiapa sahaja yang tahu serta mahu memanfaatkannya.

Kenyataan tersebut juga secara langsung membuktikan yang Al Quran itu diturunkan Allah untuk manfaat umat sejagat. Jelasnya, sesiapa yang mahu mempelajari dan memanfaatkannya bagi mencapai duniawi dan ukharawi, pasti ia akan menemui keistimewaan dan fadilat Kitabullah pedoman umat ummah itu. Jesteru itu, sebagai umat Islam, kita harus bersyukur dengan nikmat Al Quran itu dengan tidak melepaskan peluang untuk menghayati serta menimba pelbagai pengajaran dan ilmu yang dihidangkan oleh Kalam Allah itu ke arah memperolehi keredhaanNya menuju kesempurnaan hidup di dunia dan memperolehi ganjaran syurga Allah di akhirat kelak. 

Dipetik dari Suara ISLAM , JHEAINS, Sabah. Keluaran Jumaat : 04 Rabiulawal 1423H/17 Mei 2002M.

Share/Bookmark