Untaian Langkah

Friday, January 27, 2012

Sedangkan Pokok Menyintai Rasulullah SAW


Satu hadis daripada Anas bin Malik ra maksudnya:

“Sesungguhnya Nabi SAW berdiri pada hari Jumaat menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di masjid Nabi. Nabi SAW berkhutbah kepada manusia.

Selepas itu, seorang lelaki berasal dari Rum berkata, “Adakah kamu hendak aku buatkan mimbar yang boleh kamu duduk di situ dan ianya seumpama kamu berdiri?”

Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk di tingkat yang ketiga. Apabila Nabi SAW duduk di atas mimbar, pokok menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini kerana sedih Rasulullah SAW meninggalkannya. Lalu Rasulullah SAW turun dari mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi SAW. Kemudian Nabi SAW bersabda:

أما والذي نفس محمد بيده لولم ألتزمه لما زال هكذا إلى يوم القيامة حزنا على رسول الله

“Demi tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya, nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihannya terhadap Rasulullah SAW.”

Hadis riwayat Bukhari – sahih

Hasan al-Basri akan menangis setiap kali meriwayatkan hadis ini. Beliau berkata:

“Kayu merengek kepada Rasulullah saw kerana rindukan Rasulullah saw kerana kedudukan baginda. Kamu lebih patut merindui untuk bertemu Rasulullah saw.”

Disedut dari SINI

Kita semakin mendekat atau semakin menjauh.

Allahu'lam.

Share/Bookmark

No comments: