Untaian Langkah

Saturday, January 21, 2012

Nota Tentang Nabi Selalu Kekurangan Makanan







Imam Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An Nu;man bin Basyir ra dia berkata; Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum , apa sahaja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? aku pernah melihat Nabi kamu , Muhammad saw hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya’.

Dalam riwayat Muslim pula dari Nu’man bin Basyir ra, katanya bahawa; pada suatu ketika Umar ra menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia. maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah saw seharian menanggung lapar, kerana tiada makanan , kemudian tidak ada makanan yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya’.

Satu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nuaim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun Najjar dari Abu Hurairah ra , dia berkata; Aku pernah datang kepada Rasulullah ketika dia bersembahyang duduk, maka akupun bertanya kepada baginda, aku melihat engkau bersembahyang duduk, apakah engkau sakit , ya Rasulullah? jawab baginda, aku lapar , wahai Abu Hurairah. mendengar jawapan Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata, wahai Abu Hurairah! jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.

Disesuaikan dari sini

Share/Bookmark

No comments: