Untaian Langkah

Thursday, May 20, 2010

Satu Pengajaran Dari Peristiwa Badar Al Kubra

Salah Satu Intipati Usrah pada 19 Mei 2010
Satu Pengajaran.
Mesti sentiasa mengingati dan berdoa kepada Allah s.w.t sama ada ketika senang dan susah. Bukan ingat Allah s.w.t. ketika susah sahaja, tetapi ketika senang dan dilimpahkan dengan segala nikmat serta kesenangan kita mula lupa Allah s.w.t.

Contoh Terbaik.
Nabi Muhammad s.a.w. membuktikannya untuk dijadikan contoh terbaik untuk umat Islam seluruhnya.

Itu antara pengajaran daripada peristiwa Badar Al Kubra yang pernah dilalui sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w serta sahabat Baginda yang lainnya.

Disebutkan bahawa sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa tentera-tentera Islam akan menang dalam peperangan itu. Sehingga dikatakan Nabi s.a.w. juga telah diberitahu oleh Allah s.w.t. berapa jumlah orang tentera Islam yang akan gugur syahid dan berapa orang pula tentera musuh yang akan terkorban. Sehinggakan lokasi kematian untuk sesiapa yang ditakdirkan itu pun telah diberitahu kepada Nabi s.a.w.

Walaupun Nabi Muhammad s.a.w. telah mengetahui bahawa tentera-tentera Islam akan menang dalam peperangan itu, namun Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah s.w.t semoga diberikan kemenangan oleh Allah s.w.t.

Sehingga Abu Bakar As Siddiq berkata kepada Nabi s.a.w. kenapa Nabi s.a.w. terus terusan berdoa kepada Allah s.w.t sedangkan Nabi s.a.w sendiri telah pun mengetahui bahawa kemenangan adalah di pihak Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. membuktikan bahawa Baginda adalah "Abdan Syakuura", sentiasa mengharapkan rahmat dari Allah sama ada ketika senang dan susah. Supaya hubungan perhambaan dan pengabdian kepada Allah s.w.t tidak akan putus selamanya. 

Dan semua itu bukan sia-sia tanpa iktibar dan pengajaran.

Tentunya untuk dijadikan contoh terbaik kepada umat Islam seluruhnya terutama para pendakwah, pejuang di jalan Allah di akhir zaman ini.

Dan tentunya untuk sesiapa sahaja.
Yang memilih untuk hidup sebagai seorang pejuang agama yang Maha Suci ini.

Razak Nordin berpesan ; Adakalanya kita sering terlupa dan terleka. Namun masih ada jalan pulangnya. Pulanglah selagi ada waktu dan kesempatan. 

Share/Bookmark

No comments: