Untaian Langkah

Sunday, May 02, 2010

Niat Puasa Untuk Kawan!!!

Sekitar pukul 8.00 malam tadi.
Seorang bekas pelajar saya menefon saya kerana ingin bertanya tentang bolehkah dia niat berpuasa untuk seorang kawan yang sedang berada di luar negara. Kerana terlalu teringatkan kawannya itu, katanya.

Jawapan ringkas saya.
Setakat pengetahuan saya dan dengan sedikit sebanyak ilmu yang saya ada, perkara tersebut tidak pernah dijumpai sepanjang "kembara ilmu" saya. Tetapi ganti puasa oleh anak-anak untuk orang-orang tua mereka yang berhutang puasa sebelum sempat diganti memang ada disebut di dalam hadis Nabi.  Perkara ini saya ingat betul.   Tambah pula "dia dengan dia" tiada "ikatan" apa-apa kecuali hanya seorang teman tapi mesra.  

Alhamdulillah. Dan dia berpuashati dengan jawapan yang telah saya berikan.
Perkara ini sabit dari hadis Rasulullah s.a.w.

Dicatatkan dalam SHOHIH BUKHORI No. 970.

Dari Aisyah ra, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa meninggal dunia sedangkan ia ketinggalan puasanya, (maka puasa yang ketinggalan itu) boleh dipuasakan (dibayar) oleh walinya".

Puasa ibu yang telah meninggal dibayar oleh anaknya

Dalam hadis yang lain.

Dicatatkan dalam SHOHIH BUKHORI No. 971.

Dari Ibnu Abbas ra, katanya ada seorang laki-laki datang bertanya kepada Rasulullah saw, katanya: "Ya, Rasulullah! Ibu saya telah meninggal dunia dan beliau ketinggalan puasanya satu bulan. Bolehkah saya puasa untuk membayar puasanya itu?"

Jawab Nabi saw, "Ya, boleh!"
Dan beliau bersabda menambahkan. "Hutang kepada Allah lebih berhak untuk dibayar".

Razak Nordin berpesan ; Allah Maha Mengetahui.

Share/Bookmark

No comments: