Untaian Langkah

Sunday, May 30, 2010

Pesan Dari Langit : Jangan Marah-Marah-Versi Update


[al-Ghasyiyyah 88: 21-22]

Menyelami Kisah Nabi Nuh

Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun berdakwah menyampaikan risalah Tuhan, mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala dan kembali menyembah dan beribadah kepada Allah Yang maha Kuasa memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat dan gelap ke jalan yang benar dan terang, mengajar mereka hukum-hukum syariat dan agama yang diwahyukan oleh Allah kepadanya, mengangkat darjat manusia yang tertindas dan lemah ke tingkat yang sesuai dengan fitrah dan qudratnya dan berusaha menghilangkan sifat-sifat sombong dan bongkak yang melekat pada para pembesar kaumnya dan medidik agar mereka berkasih sayang, tolong-menolong diantara sesama manusia. Akan tetapi dalam waktu yang cukup lama itu, Nabi Nuh tidak berhasil menyedarkan dan menarik kaumnya untuk mengikuti dan menerima dakwahnya beriman, bertauhid dan beribadat kepada Allah kecuali sekelompok kecil kaumnya yang tidak mencapai seramai seratus orang, walaupun ia telah melakukan tugasnya dengan segala daya-usahanya dan sekuat tenaganya dengan penuh kesabaran dan kesulitan menghadapi penghinaan, ejekan dan cercaan makian kaumnya, karena ia mengharapkan akan datang masanya di mana kaumnya akan sedar diri dan datang mengakui kebenarannya dan kebenaran dakwahnya. Harapan Nabi Nuh akan kesedaran kaumnya ternyata makin hari makin berkurangan dan bahawa sinar iman dan takwa tidak akan menebus ke dalam hati mereka yang telah tertutup rapat oleh ajaran dan bisikan Iblis. Hal mana Nabi Nuh berupa berfirman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya tidak akan seorang daripada kaumnya mengikutimu dan beriman kecuali mereka yang telah mengikutimu dan beriman lebih dahulu, maka janganlah engkau bersedih hati karena apa yang mereka perbuatkan." Dengan penegasan firman Allah itu, lenyaplah sisa harapan Nabi Nuh dari kaumnya dan habislah kesabarannya. Ia memohon kepada Allah agar menurunkan Azab-Nya di atas kaumnya yang berkepala batu seraya berseru:"Ya Allah! Janganlah Engkau biarkan seorang pun daripada orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini. Mareka akan berusaha menyesatkan hamba-hamba-Mu, jika Engkau biarkan mereka tinggal dan mereka tidak akan melahirkan dan menurunkan selain anak-anak yang berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir spt mereka."

Doa Nabi Nuh dikalbulkan oleh Allah dan permohonannya diluluskan dan tidak perlu lagi menghiraukan dan mempersoalkan kaumnya, karena mereka itu akan menerima hukuman Allah dengan mati tenggelam.

Razak Nordin berpesan ; Kerana kita hanya penyeru, bukan pemberi hidayah.
Share/Bookmark

Sunday, May 23, 2010

Tazkirah Paling Ringkas

"Tempat rehat sebenar kita adalah di alam kubur, bukan di dunia ini".

Razak Nordin berpesan ; Terima kasih En. Satar atas ungkapan itu. Ringkas tetapi penuh makna.




Share/Bookmark

Thursday, May 20, 2010

Satu Pengajaran Dari Peristiwa Badar Al Kubra

Salah Satu Intipati Usrah pada 19 Mei 2010
Satu Pengajaran.
Mesti sentiasa mengingati dan berdoa kepada Allah s.w.t sama ada ketika senang dan susah. Bukan ingat Allah s.w.t. ketika susah sahaja, tetapi ketika senang dan dilimpahkan dengan segala nikmat serta kesenangan kita mula lupa Allah s.w.t.

Contoh Terbaik.
Nabi Muhammad s.a.w. membuktikannya untuk dijadikan contoh terbaik untuk umat Islam seluruhnya.

Itu antara pengajaran daripada peristiwa Badar Al Kubra yang pernah dilalui sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w serta sahabat Baginda yang lainnya.

Disebutkan bahawa sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa tentera-tentera Islam akan menang dalam peperangan itu. Sehingga dikatakan Nabi s.a.w. juga telah diberitahu oleh Allah s.w.t. berapa jumlah orang tentera Islam yang akan gugur syahid dan berapa orang pula tentera musuh yang akan terkorban. Sehinggakan lokasi kematian untuk sesiapa yang ditakdirkan itu pun telah diberitahu kepada Nabi s.a.w.

Walaupun Nabi Muhammad s.a.w. telah mengetahui bahawa tentera-tentera Islam akan menang dalam peperangan itu, namun Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah s.w.t semoga diberikan kemenangan oleh Allah s.w.t.

Sehingga Abu Bakar As Siddiq berkata kepada Nabi s.a.w. kenapa Nabi s.a.w. terus terusan berdoa kepada Allah s.w.t sedangkan Nabi s.a.w sendiri telah pun mengetahui bahawa kemenangan adalah di pihak Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. membuktikan bahawa Baginda adalah "Abdan Syakuura", sentiasa mengharapkan rahmat dari Allah sama ada ketika senang dan susah. Supaya hubungan perhambaan dan pengabdian kepada Allah s.w.t tidak akan putus selamanya. 

Dan semua itu bukan sia-sia tanpa iktibar dan pengajaran.

Tentunya untuk dijadikan contoh terbaik kepada umat Islam seluruhnya terutama para pendakwah, pejuang di jalan Allah di akhir zaman ini.

Dan tentunya untuk sesiapa sahaja.
Yang memilih untuk hidup sebagai seorang pejuang agama yang Maha Suci ini.

Razak Nordin berpesan ; Adakalanya kita sering terlupa dan terleka. Namun masih ada jalan pulangnya. Pulanglah selagi ada waktu dan kesempatan. 

Share/Bookmark

Sunday, May 02, 2010

Niat Puasa Untuk Kawan!!!

Sekitar pukul 8.00 malam tadi.
Seorang bekas pelajar saya menefon saya kerana ingin bertanya tentang bolehkah dia niat berpuasa untuk seorang kawan yang sedang berada di luar negara. Kerana terlalu teringatkan kawannya itu, katanya.

Jawapan ringkas saya.
Setakat pengetahuan saya dan dengan sedikit sebanyak ilmu yang saya ada, perkara tersebut tidak pernah dijumpai sepanjang "kembara ilmu" saya. Tetapi ganti puasa oleh anak-anak untuk orang-orang tua mereka yang berhutang puasa sebelum sempat diganti memang ada disebut di dalam hadis Nabi.  Perkara ini saya ingat betul.   Tambah pula "dia dengan dia" tiada "ikatan" apa-apa kecuali hanya seorang teman tapi mesra.  

Alhamdulillah. Dan dia berpuashati dengan jawapan yang telah saya berikan.
Perkara ini sabit dari hadis Rasulullah s.a.w.

Dicatatkan dalam SHOHIH BUKHORI No. 970.

Dari Aisyah ra, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa meninggal dunia sedangkan ia ketinggalan puasanya, (maka puasa yang ketinggalan itu) boleh dipuasakan (dibayar) oleh walinya".

Puasa ibu yang telah meninggal dibayar oleh anaknya

Dalam hadis yang lain.

Dicatatkan dalam SHOHIH BUKHORI No. 971.

Dari Ibnu Abbas ra, katanya ada seorang laki-laki datang bertanya kepada Rasulullah saw, katanya: "Ya, Rasulullah! Ibu saya telah meninggal dunia dan beliau ketinggalan puasanya satu bulan. Bolehkah saya puasa untuk membayar puasanya itu?"

Jawab Nabi saw, "Ya, boleh!"
Dan beliau bersabda menambahkan. "Hutang kepada Allah lebih berhak untuk dibayar".

Razak Nordin berpesan ; Allah Maha Mengetahui.

Share/Bookmark

Saturday, May 01, 2010

Kewajipan Zakat Simpanan-Jawapan Untuk Orang Awam

Seorang pelajar bertanya saya di laman sosial Facebook tentang kewajipan menunaikan Zakat Simpanan.

Soalan.
salam utz.nk tny...
jika s'owg smpn wang dlm bank dlm jangka ms yg lama s'hngga wang 2 x d'usik taupn x d'gnekn...spttnye,owg 2 kner byr zakat kn??
tp mcmn lak,jika owg 2 s'owg peljr...kne byr zakat jgk ker??

Jawapan saya ;
Razak Nordin 01 May at 20:24
Zakat simpanan pun ada nisabnya...kalau Pusat Zakat Selangor nisabnya sekarang RM 9300...Kalu ada simpanan RM 9300 pada setiap 31 Disember tiap-tiap tahun kira kayalah tu...tak kiralah pelajar pun...Kalaulah baki pada 31 Disember ada 9000 maka tidak wajib zakat simpanan kerana tidak cukup nisab..Zakat dikenakan ke atas jumlah baki terendah dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.

Keterangan lanjut boleh rujuk di sini :http://zakat.com.my/zakat-wang-simpanan dan sini ;http://zakat.com.my/kalkulator-zakat-wang-simpanan
Kalau tak clear lagi boleh datang jumpa saya, tq..Allahua'lam

Dan sedikit tambahan jawapan
 
Razak Nordin 01 May at 20:33
Dan jumlah itu mesti cukup haul erti RM 9300 tu berada setahun dalam simpanan...kalau kejap naik, kejap turun tak kiralah...Allahu'lam Eyna Qusz 01 May at 20:39

k...sy dah jelas....syukran......

 
Razak Nordin berpesan ; Moga ada manfaat walaupun sedikit. Allahu'lam.

Share/Bookmark