Dicatatkan ;
Pada musim bunga 1964, Malcolm berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa JFK ke Arab Saudi untuk mengerjakan Haji di Mekah. Perjalanan ini telah mengubahkan hidup beliau. Ikatan persaudaraan yang beliau saksikan di Baitullah telah mengubah kepercayaannya selama ini bahawa perhubungan antara kaum adalah mustahil. Beliau juga mula sedar tentang kepalsuan Nation of Islam.
Beliau berkata:
"Perjalanan haji telah membuka pemikiran saya dengan menganugerahkan pandangan baru selama dua pekan di tanah suci saya melihat hal yang tidak pernah saya lihat selama 39 tahun hidup di Amerika Syarikat. Saya melihat semua ras dan warna kulit bersaudara dan beribadah kepada satu Tuhan tanpa menyekutukannya. Benar pada masa lalu saya bersikap benci pada semua orang kulit putih namun saya tidak merasa bersalah dengan sikap itu lagi karena sekarang saya tahu bahawa ada orang kulit putih yang ikhlas dan mahu bersaudara dengan orang negro. Kebenaran Islam telah menunjukkan kepada saya bahwa kebencian membabi buta kepada semua orang putih adalah sikap yang salah seperti halnya jika sikap yang sama dilakukan orang kulit putih terhadap orang negro".
Sebaik sahaja pulang ke negaranya, beliau menukar namanya kepada El-Hajj Malik El-Shabazz dan menubuhkan Organisasi Persatuan Afro-Amerika Organization of Afro-American Unity. Disana beliau berkhutbah mengenai toleransi terhadap bangsa lain dan juga nasionalisme kulit hitam.
You're not to be so blind with patriotism that you can't face reality. Wrong is wrong, no matter who does it or says it.
(Anda tidak seharusnya dibutakan dengan semangat patriotisme sehingga tidak menyedari kenyataan. Apa yang salah itu adalah salah, tidak kira siapa yang melakukan atau mengatakannya.)
(SUMBER ASAL)
You're not to be so blind with patriotism that you can't face reality. Wrong is wrong, no matter who does it or says it.
(Anda tidak seharusnya dibutakan dengan semangat patriotisme sehingga tidak menyedari kenyataan. Apa yang salah itu adalah salah, tidak kira siapa yang melakukan atau mengatakannya.)
(SUMBER ASAL)
Razak Nordin berpesan; Berapa ramaikah antara kita yang pernah menunaikan ibadah haji berfikir seperti itu? Ataukah kita masih disibukkan dengan berapa tong air zam-zam yang ingin dibawa balik, berapa banyak tasbih yang perlu dibeli untuk sahabat taulan, berapa banyak kupiah dan sajadah mesti dicukupkan? Sekadar itukah.
Padan pun!!!!
◦
No comments:
Post a Comment