"Apa beza rukun dengan syarat sah", saya biasa bertanya soalan seperti ini kepada para pelajar kelas-kelas yang pernah saya kendalikan.
Selalunya semua pelajar terdiam. Tanpa sebarang reaksi. Dan saya beranggapan mungkin mereka kurang jelas maksud soalan saya.
Lalu saya mengubah fokus soalan supaya lebih menjurus.
"Ok, apa beza rukun solat dengan syarat sah solat".
"Rukun wajib dan syarat sah sunat encik", ada yang pernah memberi jawapan seperti itu.
"Kalau begitu syarat sah tidak perlulah kerana ia hanya sunat, kenapa disebut syarat sah kalau ia sunat, sedangkan sunat tidak wajib untuk dilakukan tetapi adalah baik untuk dilakukan", saya terus menduga pelajar untuk menggalakkan mereka terus berfikir dan mencari jawapan yang betul.
"Sedangkan syarat sah menunjukkan bahawa ia wajib dilaksanakan supaya sesuatu amalan itu menjadi sah dan diterima", saya meneruskan provokasi yang mengandungi sebahagian jawapan kepada persoalan saya yang asal.
"Ok, sekarang ni, apa beza rukun dengan solat sah", saya mengulanginya lagi sambil mengharapkan jawapan yang betul dari pelajar bukannya jawapan yang datangnya dari saya.
Setelah mereka semacam menyerah kalah "tidak mahu" memberikan jawapan dan masa pula semakin menghambat waktu, saya akan memberikan jawapannya lebih kurang begini ;
"Rukun solat berlaku semasa solat itu dilakukan, contohnya niat sehinggalah memberikan salam yang pertama, sedangkan syarat sah berlaku sebelum solat dilakukan atau di "luar sesuatu perbuatan", contohnya mesti berwudhuk, mesti mengadap kiblat, mesti menutup aurat dan syarat-syarat yang lain", saya mengikat jawapan terus.
"Ingat jawapan ini sampai kiamat ", saya cuba melawak dalam keseriusan memberikan jawapan.
Razak Nordin berpesan ; Kecil Tapi BESAR. Pada perkiraan saya. Lama saya mengambil masa memikirkan "kepatutan" untuk menulis perkara ini "takut-takut" dianggap hanyalah perkara kecil.
◦
No comments:
Post a Comment