Untaian Langkah

Friday, February 26, 2010

Malcolm X : Ibadah Haji Mengubah Persepsi

Dicatatkan ;

Pada musim bunga 1964, Malcolm berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa JFK ke Arab Saudi untuk mengerjakan Haji di Mekah. Perjalanan ini telah mengubahkan hidup beliau. Ikatan persaudaraan yang beliau saksikan di Baitullah telah mengubah kepercayaannya selama ini bahawa perhubungan antara kaum adalah mustahil. Beliau juga mula sedar tentang kepalsuan Nation of Islam.

Beliau berkata:

 "Perjalanan haji telah membuka pemikiran saya dengan menganugerahkan pandangan baru selama dua pekan di tanah suci saya melihat hal yang tidak pernah saya lihat selama 39 tahun hidup di Amerika Syarikat. Saya melihat semua ras dan warna kulit bersaudara dan beribadah kepada satu Tuhan tanpa menyekutukannya. Benar pada masa lalu saya bersikap benci pada semua orang kulit putih namun saya tidak merasa bersalah dengan sikap itu lagi karena sekarang saya tahu bahawa ada orang kulit putih yang ikhlas dan mahu bersaudara dengan orang negro. Kebenaran Islam telah menunjukkan kepada saya bahwa kebencian membabi buta kepada semua orang putih adalah sikap yang salah seperti halnya jika sikap yang sama dilakukan orang kulit putih terhadap orang negro".

Sebaik sahaja pulang ke negaranya, beliau menukar namanya kepada El-Hajj Malik El-Shabazz dan menubuhkan Organisasi Persatuan Afro-Amerika Organization of Afro-American Unity. Disana beliau berkhutbah mengenai toleransi terhadap bangsa lain dan juga nasionalisme kulit hitam.

You're not to be so blind with patriotism that you can't face reality. Wrong is wrong, no matter who does it or says it.

(Anda tidak seharusnya dibutakan dengan semangat patriotisme sehingga tidak menyedari kenyataan. Apa yang salah itu adalah salah, tidak kira siapa yang melakukan atau mengatakannya.)

(SUMBER ASAL)

Razak Nordin berpesan; Berapa ramaikah antara kita yang pernah menunaikan ibadah haji berfikir seperti itu?  Ataukah kita masih disibukkan dengan berapa tong air zam-zam yang ingin dibawa balik, berapa banyak tasbih yang perlu dibeli untuk sahabat taulan, berapa banyak kupiah dan sajadah mesti dicukupkan? Sekadar itukah.

Padan pun!!!!

Share/Bookmark

Wednesday, February 24, 2010

Kau Cari Sebuah Ketenangan

 Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

Razak Nordin berpesan ; Sehari selembar benang. Lama-lama menjadi kain. Sehari satu hadis, di dalamnya beberapa pengajaran dan iktibar.


Share/Bookmark

Tuesday, February 23, 2010

Beza Rukun dan Syarat Sah-Bacaan Untuk Orang Awam

"Apa beza rukun dengan syarat sah", saya biasa bertanya soalan seperti ini kepada para pelajar kelas-kelas yang pernah saya kendalikan.

Selalunya semua pelajar terdiam. Tanpa sebarang reaksi. Dan saya beranggapan mungkin mereka kurang jelas maksud soalan saya.

Lalu saya mengubah fokus soalan supaya lebih menjurus.

"Ok, apa beza rukun solat dengan syarat sah solat".

"Rukun wajib dan syarat sah sunat encik", ada yang pernah memberi jawapan seperti itu.

"Kalau begitu syarat sah tidak perlulah kerana ia hanya sunat, kenapa disebut syarat sah kalau ia sunat, sedangkan sunat tidak wajib untuk dilakukan tetapi adalah baik untuk dilakukan", saya terus menduga pelajar untuk menggalakkan mereka terus berfikir dan mencari jawapan yang betul.

"Sedangkan syarat sah menunjukkan bahawa ia wajib dilaksanakan supaya sesuatu amalan itu menjadi sah dan diterima", saya meneruskan provokasi yang mengandungi sebahagian jawapan kepada persoalan saya yang asal.

"Ok, sekarang ni, apa beza rukun dengan solat sah", saya mengulanginya lagi sambil mengharapkan jawapan yang betul dari pelajar bukannya jawapan yang datangnya dari saya.

Setelah mereka semacam menyerah kalah "tidak mahu" memberikan jawapan  dan masa pula semakin menghambat waktu, saya akan memberikan jawapannya lebih kurang begini ;

"Rukun solat berlaku semasa solat itu dilakukan, contohnya niat sehinggalah memberikan salam yang pertama, sedangkan syarat sah berlaku sebelum solat dilakukan atau di "luar sesuatu perbuatan", contohnya mesti berwudhuk, mesti mengadap kiblat, mesti menutup aurat dan syarat-syarat yang lain", saya mengikat jawapan terus.

"Ingat jawapan ini sampai kiamat ", saya cuba melawak dalam keseriusan memberikan jawapan.

Razak Nordin berpesan ; Kecil Tapi BESAR. Pada perkiraan saya. Lama saya mengambil masa memikirkan "kepatutan" untuk menulis perkara ini "takut-takut" dianggap hanyalah perkara kecil.

Share/Bookmark

Friday, February 12, 2010

Anda Bertanya, Hadis Nabi Menjawab

Maksud hadis ;

Hadis 1942
Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasululullah s.a.w. memberi salam sesudah dua rakaat. Lalu Zulyadain bertanya "Ya Rasulullah! Telah pendek sembahyang atau engkau lupa?". Nabi bersabda : "Benarkah perkataan Zulyadain?". Kata orang banyak : "Benar!". Lalu Rasulullah s.a.w. berdiri dan sembahyang dua rakaat lagi. Sesudah itu memberi salam. Kemudian beliau takbir dan sujud seperti sujud biasa atau lebih lama, lalu bangkit kembali, kemudian itu takbir dan sujud lagi seperti biasa, lalu bangkit dari sujud."

Sumber ; Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid I,II,III,IV. halaman 165-166.

"Benarkah perkataan Zulyadain?"

Dapat difahamkan dari pertanyaan Rasulullulah s.a.w. di atas

1. Bahawa sekiranya ada orang menegur tentang ketidakcukupan bilangan rakaat kita sembahyang, kita hanya perlu menambahkannya jumlah yang masih berbaki itu tanpa perlu memulakannya semula solat itu.

2. Perbualan yang "ringkas" seperti di atas tidak membatalkan terus solat kita dalam keadaan seperti yang dinyatakan di atas.

Razak Nordin berpesan ; Moga ada manfaat untuk sesiapa yang sudi mengambil manfaat.

Share/Bookmark