Untaian Langkah

Wednesday, February 29, 2012

Nota : Penditilan Kelebihan 25 & 27 Kali Ganda Kelebihan Solat Berjemaah







Lama saya mencari tentang penditilan seperti ini, dan hari ini saya menjumpainya. Pertama kali saya mendengar tentang penditilan seperti ini sekitar tahun 2004 semasa saya menetap di Jitra, Kedah. Ketika itu, saya mengikuti kuliah maghrib di Masjid Mahsuri (sekarang masjid mutaqqin).  Dan saya salinkan sebagai sumber rujukan sendiri.


“Hikmah kelebihan dengan 27 darjat itu memaksudkan bahawa didalam sembahyang berjemaah itu, ada faedah-faedah yang melebihi sembahyang seorang diri, dengan bilangan sedemikian itu . antaranya ialah seperti :

1- Menjawab seruan Azan, dengan Niat untuk mendirikan Sembahyang secara Berjemaah
2- Pergi pada awal waktu
3- Berjalan ke Masjid dengan tenang
4- Masuk ke Masjid dengan berdoa
5- Mendirikan Solat Tahiyyatul Masjid
6- Menunggu & menenti bagi mendirikan Solat Berjemaah
7- Para Malaikat berselawat keatas dirinya
8- Malaikat menjadi saksi kebajikan untuknya
9- Menjawab setiap lafaz iqamah
10- Selamat daripada gangguan Syaitan, tatkala Iqamah dilaungkan
11- Berdiri menanti Takbiratul Ihram bersama-sama Imam
12- Mendapat Takbiratul Ihram bersama Imam
13- Pahala menyamakan Sof Solat
14- Pahala memenuhkan ruang-ruang kosong di dalam Sof
15- Menjawab ucapan “ “ daripada Imam
16- Aman daripada lalai & terlupa, disebabkan oleh sentiasa diperingatkan oleh amalan para Sahabat.
17- Menyedarkan & menegur Imam bila Imam terlupa
18- Berhasilnya Khusyuk dan aman daripada lalai
19- Memperbaiki gerak-geri & perbuatan dalam Solat
20-Dilitupi rahmat para Malaikat
21- Menjadi terbiasa dengan bacaan al-quran yang bertajwid
22-Mempelajari Rukun-rukun & Sunat Aba’dh dalam solat
23- Menzahirkan Syiar islam kepada Umum
24-Menghina & menundukkan keangkuhan Syaitan, bila umat Islam sedia berkumpul & bekerjasama di dalam melakukan ketaatan kepada Allah.
25- Orang yang pemalas akan bertambah cergas untuk beribadah
26- Selamat daripada sifat Munafiq
27- Membebaskan diri daripada buruk sangka orang ramai [ mungkin ada yang menyangka jika orang ini tidak hadir berjemaah, bermakna dia tidak solat]
28- Dapat fadhilat menjawab Salam Imam
29- Dapat kelebihan berzikir & berdoa secara berjemaah [ mustajab doa ]
30- Berulang kali orang yang kurang Kamil [ sempurna Keimanannya] mendapat keberkatan, hasil perkumpulannya bersama dengan orang yang Kamil [ sempurna Keimanannya]
31- Mewujudkan rasa kasih mesra sesame jiran tetangga
32- Membudayakan tolong-menolong & bertegur sapa tatkala bertemu semasa Solat Berjemaah

2 KELEBIHAN BERIKUT HANYA AKAN DIPEROLEHI OLEH MAKMUM SEMASA MENDIRIKAN SOLAT JAHAR [ SEPERTI SUBUH, MAGHRIB & ISYA ], IAITU :

33- Memerhati, menghayati & cuba memahami bacaan Imam
34- Meng “ amin” kan bacaan al-Fatihah Imam.

Kalau tuan-tuan mengira fadhilat ini, ternyata ia lebih daripada 27 perkara. Kerana ia bermula dari awal kita melangkah kaki daripada rumah lagi semasa menuju ke Masjid. Dan hal ini berlanjutan hinggalah selesai kita mendirikan solat jemaah tersebut.

[ Tulisan ini, disunting dan diedit daripada naskhah asal dalam perbahasan Kitab Fathul Mui’n, Jilid 1, pada halaman 157 , jilid yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam dan adat Istiadat Melayu Kelantan, Cetakan 2003. ]

Share/Bookmark

No comments: