Pernah orang bertanya Ibrahim Adham, seorang ahli tasauf yang mashyur mengapa doa mereka tidak dimakbulkan Allah s.w.t. padahal mereka selalu berdoa. Jawapan beliau adalah seperti berikut:-
1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hakNya.
2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untukya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kuburkan mayat, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.
Razak Nordin berpesan ;
Kalau pun ianya bukan kata-kata langsung daripada Rasulullah s.a.w., sekurang-kurang nasihat-nasihat tersebut lahir dari pewaris-pewarisnya yang taat dan soleh serta terbukti benarnya kepada Allah s.w.t.
◦
No comments:
Post a Comment