Untaian Langkah

Tuesday, May 03, 2011

“Aku Memerlukan Allah, Bukan Engkau”







(Setelah tak dapat berhujjah lagi, ketua-ketua) mereka berkata :
"Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu. Surah As-Saaffaat-97.

Ketika Nabi Ibrahim diletakkan di tempat yang tinggi untuk diluncurkan ke dalam api yang menjulang-menjulang itu, Malaikat Jibril telah menawarkan khidmatnya dan bertanya :
“Adakah engkau mahu aku menyampaikan tentang ini kepada Allah swt?” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku memerlukan Allah, bukan engkau”.

Nabi Ibrahim mengucapkan حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَڪِيلُ

Bacalah “Hasbunallah wa ni’mal wakil”, zikir yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim ketika baginda ditelanjangkan oleh orang-orang kafir yang mahu mencampakkannya ke dalam api sehingga api itu tiba-tiba menjadi sejuk dan tidak membakar tubuhnya.

Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim*! Surah Anbiyaa' 69.

*Kaum Nabi Ibrahim ialah penduduk negeri Babylon( sekarang negeri Iraq), dan rajanya adalah Namrud. Tatkala mereka tidak dapat berhujjah lagi dengan Nabi Ibrahim, mereka pun bertindak membakarnya hidup-hidup dengan mencampakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang. Tetapi dengan kuasa Allah Taa'la, sebagai satu mu'jizat bagi Nabi Ibrahim a.s. api itu menjadi sejuk dan terselamatlah Nabi Ibrahim dari dari angkara mereka.

“Hasbunallah wa ni’mal wakil”, dan ini jugalah yang diucapkan oleh tentera Islam ketika perang Uhud, kemudian Allah s.w.t pun menolong mereka.

Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)". Surah Ali-Imran-173.

Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat ni'mat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredhaan Allah. Dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.Surah Ali Imran-174.

Share/Bookmark

Adab Memotong Kuku

'Imej' dipetik untuk perkongsian dari sini. 

Terima kasih kepada sumber asal iaitu Pusat Da'wah Islamiah Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Dicetak oleh Jabatan Percetakan Kerajaan, Kementerian Undang-Undang, Negara Brunei Darussalam.

Share/Bookmark