Untaian Langkah

Wednesday, December 29, 2010

La Tahzan 10-Sebab-Sebab Untuk Beroleh Kebahagiaan







Sebab-Sebab Untuk Beroleh Kebahagiaan

1. Amal soleh :
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik." (Surah An-Nahl : 97)

2. Isteri solehah :
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa." (Surah Al-Furqan : 74)

3. Rumah yang luas : Dalam satu hadis Baginda Rasul berdoa : "Ya Allah, jadikan rumah kami terasa luas."

4. Pendapatan yang baik : Dalam satu hadis ada disebutkan : "Sesungguhnya Allah Maha Baik dan Dia tidak menerima kecuali yang baik."

5. Akhlak yang baik dan penuh kasih sayang kepada sesama manusia :
"Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada." (Surah Maryam : 31)

6. Terhindar dari himpitan hutang dan sifat boros :
"Dan juga mereka(yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut." (Surah Furqan : 67)

"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya." (Surah Isra' : 29)

Razak Nordin berpesan : Jangan Bersedih Jilid 1. Halaman 230.

Share/Bookmark

Friday, December 17, 2010

La Tahzan 9-Jangan Berdukacita Kerana Ia Boleh Menghilangkan Tenaga

Pemenang hadiah Nobel dalam bidang perubatan, Dr. Alexis Carlyle berkata : "Para pekerja yang tidak tahu bagaimana menghadapi kesedihan akan mati lebih cepat."

Saya tegaskan di sini bahawa segala sesuatu itu berlaku sesuai dengan qadha dan takdir Allah. Tetapi mungkin kata-kata Carlyle tadi bermaksud bahawa salah satu sebab yang merosak tubuh manusia adalah tekanan. Dan ini boleh diterima akal.

Razak Nordin berpesan ; La Tahzan Jilid 1. Halaman 179.

Share/Bookmark