Untaian Langkah

Saturday, September 04, 2010

Transformasikah Puasa Kita?







Hari ini 25 Ramadan 1431H.

Tanpa saya beritahu pun, rasanya semua orang tahu bahawa hari ini genaplah umat Islam di Malaysia berpuasa selama 25 hari.

Kecualilah orang-orang yang meninggalkan puasa secara sengaja tanpa keuzuran dan meninggalkannya kerana keuzuran yang diizinkan oleh syarak.

Sama ada lelaki atau perempuan.

Kecil, besar, tua atau muda.

Bagi yang berpuasa sungguh-sungguh selama 25 hari yang telah berlalu itu.

Mari sama-sama bermuhasabah.

Adakah puasa-puasa yang ditunaikan selama 25 hari itu, telah mengubah sesuatu kepada diri kita. Atau puasa kita setakat menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa semata.

Merubah sikap panas baran kepada lebih "cool" dan sabar.
Merubah sikap pemarah kepada tenang dan memaafkan.
Merubah sikap kedekut kepada pemurah.
Merubah sikap mementingkan diri kepada menjaga kemaslahatan umum.
Merubah sikap haloba kepada qanaah.

Dan merubah pelbagai lagi yang tidak baik atau kurang baik kepada lebih baik.

Atau.
Ianya tidak merubah apa-apa.
Kita tetap seperti dulu.
Sama sahaja Ramadan atau tidak.
Ia tidak merubah sesuatu pun.

Atau.
Kita menjadi lebih teruk di  bulan Ramadan.
Lapar, dahaga, penat, letih, tidak larat serta ditambah dengan pelbagai perkara lagi menyebabkan kita "terbalik kod".

Mudah-mudahan tidak begitu hendaknya.

Razak Nordin berpesan ; Hisablah diri kamu, sebelum kamu menghisab orang lain dan sebelum kamu dihisab Allah SWT di akhirat kelak.  

Share/Bookmark