Untaian Langkah

Saturday, September 04, 2010

Transformasikah Puasa Kita?







Hari ini 25 Ramadan 1431H.

Tanpa saya beritahu pun, rasanya semua orang tahu bahawa hari ini genaplah umat Islam di Malaysia berpuasa selama 25 hari.

Kecualilah orang-orang yang meninggalkan puasa secara sengaja tanpa keuzuran dan meninggalkannya kerana keuzuran yang diizinkan oleh syarak.

Sama ada lelaki atau perempuan.

Kecil, besar, tua atau muda.

Bagi yang berpuasa sungguh-sungguh selama 25 hari yang telah berlalu itu.

Mari sama-sama bermuhasabah.

Adakah puasa-puasa yang ditunaikan selama 25 hari itu, telah mengubah sesuatu kepada diri kita. Atau puasa kita setakat menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa semata.

Merubah sikap panas baran kepada lebih "cool" dan sabar.
Merubah sikap pemarah kepada tenang dan memaafkan.
Merubah sikap kedekut kepada pemurah.
Merubah sikap mementingkan diri kepada menjaga kemaslahatan umum.
Merubah sikap haloba kepada qanaah.

Dan merubah pelbagai lagi yang tidak baik atau kurang baik kepada lebih baik.

Atau.
Ianya tidak merubah apa-apa.
Kita tetap seperti dulu.
Sama sahaja Ramadan atau tidak.
Ia tidak merubah sesuatu pun.

Atau.
Kita menjadi lebih teruk di  bulan Ramadan.
Lapar, dahaga, penat, letih, tidak larat serta ditambah dengan pelbagai perkara lagi menyebabkan kita "terbalik kod".

Mudah-mudahan tidak begitu hendaknya.

Razak Nordin berpesan ; Hisablah diri kamu, sebelum kamu menghisab orang lain dan sebelum kamu dihisab Allah SWT di akhirat kelak.  
◦
Share/Bookmark

Monday, August 09, 2010

Tiga Hadis Pembuka Ramadhan






Hadith : Dari Anas r.a katanya:”Rasulullah saw bersabda: "Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: "Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.” Riwayat Muslim

Hadith : Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.” (Bukhari & Muslim)

Razak Nordin berpesan ; Mewajibkan yang sunat, tetapi kurang peduli terhadap yang wajib. Payah juga untuk saya memahaminya.
◦
Share/Bookmark

Friday, July 02, 2010

Sebab-Sebab Doa Tidak DiKabulkan

Pernah orang bertanya Ibrahim Adham, seorang ahli tasauf yang mashyur mengapa doa mereka tidak dimakbulkan Allah s.w.t. padahal mereka selalu berdoa. Jawapan beliau adalah seperti berikut:-

1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hakNya.
2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untukya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kuburkan mayat, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Razak Nordin berpesan ;
Kalau pun ianya bukan kata-kata langsung daripada Rasulullah s.a.w., sekurang-kurang nasihat-nasihat tersebut lahir dari pewaris-pewarisnya yang taat dan soleh serta terbukti benarnya kepada Allah s.w.t.  
◦
Share/Bookmark

Friday, June 25, 2010

Kemuliaan Dan Penghormatan Itu

Kemuliaan dan penghormatan bukan dipaksa-paksa untuk orang memberikannya, tetapi ia hanya akan menjadi milik sesiapa yang berhak menerimanya.

"Memaksa" orang memberikan kemuliaan dan penghormatan dalam komposisi apa pun sama ada agama yang dianuti, diri sendiri, bangsa, warna kulit, sedangkan "empunya" sendiri tidak menjaga kehormatan dan kemuliaan yang sepatutnya adalah kerja-kerja bangang, tolol dan munafik.

Razak Nordin berpesan ; Kerana sifat kemuliaan dan penghormatan bukan begitu "jalan ceritanya".
◦
Share/Bookmark

Tuesday, June 15, 2010

Tangisnya Hanya Kerana Sebaris Ayat

" Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engkau empat tidak seperti anjing lain. Mengapa jadi begini?", tanya Nabi Nuh a.s. kepada anjing yang sangat ganjil itu.


Anjing itu menjawab : " Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang hendak mukaku hodoh begini? Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan Engkau!?

Nabi Nuh a.s. pun meraung(menangis) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu. Dia menangis tidak henti-henti. Terasa benar kesalahannya mengkritik Tuhan. Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah s.w.t. dengan tidak sengaja.

Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh (raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh a.s diabadikan dalam Al Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t.

Diolah dari Sumber Asal ; Pengajaran Ummah. Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al Quran. Halaman 6-7.
Himpunan Cipta : Wan Jamal bin Haji Wan Mat Saman.
Susunan Oleh : Farah Natasha binti Jasmin
(Ikatan Studi Islam UKM)

Kita Bagaimana?

Pernahkah?
Sekali.
Dua kali.
Tiga kali.
Berulang kali.
Acapkali kali.
Seringkali.
Selalu.
Melakukan kesalahan yang hampir serupa.

Sepanjang hidup ini.
Pernahkah kita membaca atau mendengar kisah seumpama ini.
Pernahkah kita melakukan kesalahan yang hampir serupa sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Pernahkah kita terfikir dan tersedar bahawa perkara seumpama itu merupakan suatu yang kesalahan dan dosa.
Pernahkah kita menginsafi dan bertaubat atas "kesalahan-kesalahan yang tidak disengajakan" yang telah berlaku dalam hidup ini.

Kalau ada!!!
Ketahuilah bahawa ;

Setiap hujung ada pangkalnya.
Setiap yang bermula ada kesudahannya.
Setiap kesalahan dan dosa, ada pintu taubatnya.

Maka beruntunglah orang-orang yang masih diberikan peluang.
Rebutlah!!!!

Razak Nordin berpesan ; Peringatan untuk diriku dan orang-orang lain yang mungkin pernah terlupa juga.
◦
Share/Bookmark

Wednesday, June 09, 2010

Kehilangan Yang Telah Disempurnakan



Razak Nordin berpesan ; Kehilangan yang telah disempurnakan Allah s.w.t◦
Share/Bookmark

Sunday, May 30, 2010

Pesan Dari Langit : Jangan Marah-Marah-Versi Update


[al-Ghasyiyyah 88: 21-22]

Menyelami Kisah Nabi Nuh

Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun berdakwah menyampaikan risalah Tuhan, mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala dan kembali menyembah dan beribadah kepada Allah Yang maha Kuasa memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat dan gelap ke jalan yang benar dan terang, mengajar mereka hukum-hukum syariat dan agama yang diwahyukan oleh Allah kepadanya, mengangkat darjat manusia yang tertindas dan lemah ke tingkat yang sesuai dengan fitrah dan qudratnya dan berusaha menghilangkan sifat-sifat sombong dan bongkak yang melekat pada para pembesar kaumnya dan medidik agar mereka berkasih sayang, tolong-menolong diantara sesama manusia. Akan tetapi dalam waktu yang cukup lama itu, Nabi Nuh tidak berhasil menyedarkan dan menarik kaumnya untuk mengikuti dan menerima dakwahnya beriman, bertauhid dan beribadat kepada Allah kecuali sekelompok kecil kaumnya yang tidak mencapai seramai seratus orang, walaupun ia telah melakukan tugasnya dengan segala daya-usahanya dan sekuat tenaganya dengan penuh kesabaran dan kesulitan menghadapi penghinaan, ejekan dan cercaan makian kaumnya, karena ia mengharapkan akan datang masanya di mana kaumnya akan sedar diri dan datang mengakui kebenarannya dan kebenaran dakwahnya. Harapan Nabi Nuh akan kesedaran kaumnya ternyata makin hari makin berkurangan dan bahawa sinar iman dan takwa tidak akan menebus ke dalam hati mereka yang telah tertutup rapat oleh ajaran dan bisikan Iblis. Hal mana Nabi Nuh berupa berfirman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya tidak akan seorang daripada kaumnya mengikutimu dan beriman kecuali mereka yang telah mengikutimu dan beriman lebih dahulu, maka janganlah engkau bersedih hati karena apa yang mereka perbuatkan." Dengan penegasan firman Allah itu, lenyaplah sisa harapan Nabi Nuh dari kaumnya dan habislah kesabarannya. Ia memohon kepada Allah agar menurunkan Azab-Nya di atas kaumnya yang berkepala batu seraya berseru:"Ya Allah! Janganlah Engkau biarkan seorang pun daripada orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini. Mareka akan berusaha menyesatkan hamba-hamba-Mu, jika Engkau biarkan mereka tinggal dan mereka tidak akan melahirkan dan menurunkan selain anak-anak yang berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir spt mereka."

Doa Nabi Nuh dikalbulkan oleh Allah dan permohonannya diluluskan dan tidak perlu lagi menghiraukan dan mempersoalkan kaumnya, karena mereka itu akan menerima hukuman Allah dengan mati tenggelam.

Razak Nordin berpesan ; Kerana kita hanya penyeru, bukan pemberi hidayah.◦
Share/Bookmark