Untaian Langkah

Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Malam Yang Panjang Dan Siang Yang Terang

Malam itu panjang, maka jangan pendekkan dengan tidurmu dan siang itu begitu terang maka janganlah engkau menjadikannya gelap dengan dosa-dosamu. Yahya bin Muadz.

Yahya Bin Muadz Ar Razi ulama yang wafat di Naishabur tahun 258 H.
◦
Share/Bookmark

Friday, April 27, 2012

Tiga Pengajaran Dan Nasihat

Kata-kata hikmah Arab ada menyebutkan ;

Terjemahannya ; -
Batu tidak akan menjadi lembut (walaupun lama) di dalam air; begitu jugalah nasihat dan pengajaran tidak berkesan ke atas hati yang keras.

Ramai orang yang rajin beribadah binasa kerana kagum pada dirinya ; dan ramai orang yang sihat binasa kerana kesihatannya.

Ramai orang kaya binasa kerana kekayaannya ; dan ramai orang miskin binasa kerana kemiskinannya.
◦
Share/Bookmark

Friday, February 17, 2012

Mutiara Kata Al Qarni







Sebaik-baiknya sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda.

Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepat datangnya kesusahan dan kesedihan. Dr. 'Aidh bin Abdullah Al Qarni.
◦
Share/Bookmark

Tuesday, February 14, 2012

Tentang Umar Itu







Tentang Umar itu.

Satu
Hidayat Nur Wahid mengungkapnya : "Malam yang tenang menyelimuti mereka yang sudah kembali ke peraduan. Seorang lelaki menyingkirkan selimutnya. Dia bangkit berjalan menyusuri lorong-lorongnya yang sepi. Angin berhembus dingin menusuk tulang. Lelaki itu keluar menyatu dengan malam. Dia tidak boleh tidur. Dia khuatir kalau ada musafir terlantar yang tidak menemui tempat penginapan, orang sakit yang memerlukan ubat, dan orang kelaparan yang tidak menemui sesuatu yang mengalas perutnya. Dia khuatir ada urusan rakyatnya yang dia abaikan. Bahkan dia juga merasa bertanggungjawab terhadap seekor kaldai yang tergelicir di tepi sungai Furat."

Dua.
Si anak menolak cadangan ibunya yang mahu mencampurkan susu dengan air sebelum dijual kerana Amirul Mukminin melarangnya. Ibu menjawab, "Umar tidak melihat kita".

Dipintas cepat si anak: "Seandainya Umar tidak melihat, tetapi Tuhan Umar melihat kita." Umar kemudiannya menjodohkan 'Ashim, puteranya dengan gadis warak itu, Umm Ammarah, yang melahirkan puteri bernama Laila, dan berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, yakni bapa Umar Abdul Aziz, yang seterusnya dikenang dengan kisah kesederhanaan dan kewarakan menjaga harta awam, suatu cerita yang mungkin dianggap hampir mustahil diulangi di zaman ini.

Tiga.
Kata-kata Umar: "Kalau rakyat mengalami kekenyangan, akulah orang yang terakhir menikmatinya, tapi jika mereka mengalami kelaparan, akulah yang pertama merasakannya."
◦
Share/Bookmark

Thursday, February 02, 2012

Mutiara Saidina Ali bin Abi Tholib








Nasihat Ali bin Abi-Tholib;

“Bukanlah kesulitan yang membuat kita takut, tapi ketakutan yang membuat kita sulit, karena itu jangan pernah mencuba untuk menyerah dan jangan menyerah untuk mencuba, maka jangan katakan pada Allah SWT, aku punya masalah, tapi katakan pada masalah aku punya Allah yang Maha Segalanya”
◦
Share/Bookmark

Friday, January 27, 2012

Nasihat Ibnu Mas'ud Tentang Hati







Nasihat Ibnu Mas’ud bila jiwa bercelaru maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.

Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah.

Hati tenang, salah satu nikmat hidup seorang manusia.

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhamu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam surgaKu” (Al-Fajr :27-30)

◦
Share/Bookmark

Tuesday, January 24, 2012

Manusia Terbahagi Empat








Orang yang mengetahui dan mengetahui bahawa ia mengetahui, itulah orang pandai, maka ikutilah dia.

Orang yang mengetahui tapi tidak mengerti bahawa ia mengetahui, itulah orang yang lalai, maka peringatilah ia.

Orang yang tidak mengetahui dan ia mengerti bahawa ia tidak mengetahui, itulah orang yang sedar diri, maka ajarkanlah ia.

Orang yang tidak mengetahui dan tidak mengerti bahawa ia tidak mengetahui, itulah orang yang bodoh, maka tinggalkanlah ia.
◦
Share/Bookmark

Saturday, January 07, 2012

Mutiara Hamka







Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (HAMKA)
◦
Share/Bookmark

Tuesday, April 19, 2011

Munajat Seorang HambaNya








Ya Allah Ya Aziz Ya Rahman Ya Rahim
Pengetahuanku pada kemurahanMu
Itulah  yang memberhentikan aku
di pintuMu
Bagaimana aku akan kecewa?
Sedangkan Engkaulah harapanku
Bagaimana aku akan hina?
Sedangkan Engkaulah tempat sandaran

Bagaimana aku akan mulia berbangga?
Sedangkan Engkaulah menempatkanku
dalam lemah dan hina

Bagaimana aku akan miskin?
Padahal Engkaulah yang mencukupkan

Hidupkanlah hati-hati ini
dengan makrifatMu

Matikanlah kami
sebagai pejuang agamaMu

Puaskanlah keluargaku dengan aturanMu
Berbanding aturan kami sendiri
Bantulah aku dalam menunaikan
tanggungjawab sebagai pemimpin

Ingatkanlah aku
bahawa aku hanya seorang hamba

Supaya tidak lupa

Ya Allah....Perkenankanlah permintaan ini.
◦
Share/Bookmark

Friday, June 25, 2010

Kemuliaan Dan Penghormatan Itu

Kemuliaan dan penghormatan bukan dipaksa-paksa untuk orang memberikannya, tetapi ia hanya akan menjadi milik sesiapa yang berhak menerimanya.

"Memaksa" orang memberikan kemuliaan dan penghormatan dalam komposisi apa pun sama ada agama yang dianuti, diri sendiri, bangsa, warna kulit, sedangkan "empunya" sendiri tidak menjaga kehormatan dan kemuliaan yang sepatutnya adalah kerja-kerja bangang, tolol dan munafik.

Razak Nordin berpesan ; Kerana sifat kemuliaan dan penghormatan bukan begitu "jalan ceritanya".
◦
Share/Bookmark

Monday, December 07, 2009

Mutiara Hikmah Saidina Ali bin Abi Thalib k.w

Saidina Ali pernah memberikan nasihat ;

1. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan kalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

2. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

3. Jagailah ibubapamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu.

4. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatlah kesusahanmu dengan mendirikan solat.

5. Mengajar adalah belajar.

6.Insan terbahagi kepada tiga : Mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak akan mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

7. Sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya.

8. Kegelisahan adalah lebih sukar daripada kesabaran.

9. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang ia lihat.

10. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

Razak Nordin berpesan ; Dipetik untuk perkongsian dari Fadhilat Ayat-Ayat Al Quran. Gabungan 4 Dalam 1. Dihimpunkan oleh Wan Md Jamal Bin Haji Md Saman dan Ani Rahayu M Gapar.Halaman 93-95.
◦
Share/Bookmark

Thursday, October 22, 2009

Sebaris Kata, Beberapa Makna

Sebaris Kata, Beberapa Makna


Tidak mustahak kucing itu hitam atau putih. Apa yang penting ia dapat menangkap tikus.

Razak Nordin berpesan ; Adakalanya kena waspada juga.
◦
Share/Bookmark

Tuesday, October 20, 2009

Sabar Dan Tenang

Razak Nordin berpesan ; Sabar. Tenang. Dan rungkaikan kekusutan yang ada satu persatu. Insyaallah semuanya akan berakhir dengan baik-baik belaka. Hakikatnya. Hidup pasti ada "pasang" dan "surut"nya.
◦
Share/Bookmark

Tuesday, October 06, 2009

Rabiah al Adawiyah Pernah Mengungkapkan Begini

Ketika subuh sudah tiba, maka Rabiah pun bangkit dari pembaringannya sambil berkata :
"Oh diriku, sampai bilakah engkau hendak tidur pada waktu yang sepatutnya engkau sudah bangun? Adakah engkau akan tidur untuk selama-lamanya hingga hari kiamat?"
Setelah selesai sembahyang subuh, sekali lagi Rabiah menghadapkan wajahnya kepada Allah s.w.t dan bermunajat :
"Ya Rabbi, malam telah berakhir dan siang sudah bermua. Engkau terimalah amalku sepanjang malam ini. Aku sangat bahagia jika ia Engkau terima. Tetapi aku tetap bersabar jika Engkau menolaknya. Aku akan melakukan amal selagi aku masih Engkau izinkan hidup. Sama ada Engkau suka atau tidak suka, aku akan teus berdiri di hadapan-Mu. Sekiranya Engkau mengusir aku sekalipun, aku tidak akan meninggalkan-Mu kerana aku sangat mencintai dan merindui-Mu , oh Tuhanku."
Dipetik dari Kisah Benar. CINTA SEORANG GADIS KEPADA ALLAH . MOHD SOFWAN AMRULLAH. PUSTAKA ILMU. Halaman 224 dan 225.
Razak Nordin berpesan ; Bermulanya pasti di sini , berakhirnya pula entah di mana.
◦
Share/Bookmark

Friday, July 24, 2009

Selingan Petang-Fakta Mengenai Berfikir

Fakta ni aku dapat masa kursus CPCM pada 14-17 Julai 2009 kat Hotel Seri Malaysia Kulim, Kedah. Trainer kami masa tu ialah En. Mohsen Amdan.

Fakta Mengenai Berfikir

  • 2% manusia yang berfikir
  • 3 % manusia yang fikir dia berfikir
  • 95% manusia yang lebih rela mati dari berfikir
  • "Masalah manusia kini ialah mereka malas untuk berfikir"-Dr. Albert Schitzer
(Dikutip dari nota kursus Outreach/Promotion Strategy For Life Long Learning oleh En. Mohsen Amdan pada 14-17 Julai 2009 di Hotel Seri Malaysia, Kulim, Kedah)
Razak Nordin berpesan ; Kutiplah ilmu yang berguna walaupun sekecil manapun ilmu itu pada pandangan mata.◦
Share/Bookmark

Tuesday, June 17, 2008

Renungan Hari ini

Hari ni aku cuma nak tambah beberapa ungkapan je;

1. Pembohongan yang berulang boleh dipercayai juga akhirnya-menganggap salah sebagai "betul", "separuh betul" atau" tidak betul tetapi perlu"

2. Jika berlaku perpisahan, jangan disesali pada pertemuan , kerana pertemuan itu pernah membuat kita bahagia dahulunya.

3. Kegagalan pertama selalunya di anggap sebagai pengajaran, kegagalan kali kedua dilihat sebagai kebijaksanaan, kegagalan ketiga pula dianggap sebagai kecekalan.

4. Tiada cara yang betul untuk melakukan sesuatu yang salah.

5. Jauh dijemput, dekat diturut.

6. Meninggi bukan melonjak, merendah bukannya menyembah.

7. Terlentang sama-sama menadah embun, meniarap sama-sama memakan pasir.

8. Selagi kita duduk bawah tempurung selagi itulah kita tidak tahu rupanya hujan, tidak tahu bahangnya panas, tidak tahu sejuknya malam.

9. Hargai orang rendah, ketahui bahawa sutera asalnya adalah ulat.

10. Kita mudah menangisi sebuah kematian tetapi sukar untuk menghargai kehidupan.

11. Kita menangis kerana perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yang kita sia-siakan.

12. Kebanyakan manusia yang berjaya pernah gagal dalam hidup mereka.

Setiap saat yang berdetik, kita mesti berubah ke arah yang lebih baik.◦
Share/Bookmark

Monday, June 16, 2008

Renungan Hari ini

Renungan hari ini.....buat insan-insan yang masih ada hati dan perasaan..hari ni aku nak bagi beberapa ungkapan jer...mintak rakan-rakan komen sket;

1. Kalau hati kosong, kepala tidak berguna lagi....

2. Lidah orang yang berakal terletak dibelakang hatinya, hati orang yang bodoh terletak dibelakang lidahnya.

3. Lidahlah yang mencipta segala bahasa, memberi suara semua fikiran dan citra, memberi keindahan terhadap lagu dan irama, yang dapat membuat hati yang rindu menjadi mesra dan lidah pulalah yang dapat memberi nasihat sehingga yang bergelora menjadi tenang.

4. Kerana lidah -lahirlah syair " Masih ada harapan sembuh kalau pedang menusuk tubuh, ke mana ubat hendak di cari kalau lidah menusuk hati".

5. Ingatlah..Usamah bin Zaid menjadi panglima perang semasa berumur 14 tahun.

6. Orang dulu kerana agama-korbankan harta benda. Orang sekarang korbankan agama kerana harta dan pangkat.

7. Bandingan orang yang ada masalah seperti seseorang pergi jumpa doktor untuk dapatkan ubat tetapi tidak memakan ubat itu, sebaliknya membaca arahannya sahaja setiap pagi dan petang dengan lekatkan arahan itu di dinding sahaja.

9. Mandul -bukan orang yang tiada anak tetapi ada anak tetapi tidak dapat kirimkan sesuatu pada masa matinya.

10. Bangkrap-bukan tiada harta-sebenarnya apabila harta tidak dapat bantu dia semasa diakhirat.

11. Kuat- dapat kawal kemarahan semasa marah, bukan gagah berlawan.

12. Allah mempunyai 100 rahmat-dengan 1 rahmat diberikan kepada makhluk menyebabkan binatang buas tidak memakan anak-anaknya. 99 rahmat lagi disimpan di sisi Allah.

13. Sebelum akhir untuk hari ni aku nak tanya hangpa semua, pasai apa Allah namakan kita semua sebagai hamba, bukan pekerja, pegawai, rakyat, buruh, warganegara.

14. Ahkir sekali aku nak tanya...apa hikmat lalat diciptakan...sedangkan kebanyakan orang mengutuknya..tentu ada hikmatnya kan?

15. Selepas akhir sekali, apasal air laut masin, tak tawar ke, payau ker....

Hangpa komen dulu....dan try bagi jawapan....kalu tak dapat jugok nanti aku habaq k. Selamat mencuba.◦
Share/Bookmark

Friday, June 13, 2008

Dari Kita Untuk Kita

Wahai Diriku dan Insan-Insan Yang Sering Alpa
Barangkali kita biasa mendengar atau kita sendiri biasa mengucapkan ungkapan : Ah boringlah duk pejabat, bukan ada kerja pun...lalu...ada antara kita hilang dari pagi sampai petang entah ke mana. Adakah kita sedar bahawa tiada bezanya seketul daging khinzir(babi-bahasa kasarnya) dengan rezeki yang diperolehi dari curi tulang atau ponteng kerja-kedua-duanya adalah haram dan menjadi bahan bakar api neraka sama ada untuk kita atau anak-anak dan isteri-isteri atau mungkin untuk kaum keluarga kita . Tak kira sama ada kita bekas graduan UKM ke, UUm ke, UM ke, USM ke ITTHO ke...hatta Universiti al Azhar sekalipun. Sama ada kita pakai kopiah ataupun tidak. Hebat Islam bukan pada janggut semata-semata, bukan pada pakaian semata-mata, bukan pada percakapan semata-semata. Lisanul Hal(contoh yang baik) lebih hebat dalam menentukan kehebatan Islam. Kami dengar dan kami taat. Bukan kami cakap tapi kami munafik. Kalaulah Islam itu hebat pada percakapan semata-mata...dah lama Islam memerintah. Apa yang jadi masalah tang sembang pasal Islam semuanya hebat-hebat, tapi bila mai bab pelaksanaan, cakap dah tak serupa bikin. Awat...hangpa ingat solat jer kena tepat waktu..kalau masuk pejabat takpe nak lewat-lewatkan, kalau duty warden takpe, tak pergi pun. Aku rasa ponteng solat, ngan ponteng duty warden sama jer...kedua-duanya berdosa, cuma nilai dosanya aku tak taulah, pasai aku tak reti sangat bab-bab ni. Lagipun aku bukan ustaz yang mengaji sampai bumi Anbiya sana. Aku hanya insan kerdil dipinggir kosmos milik Tuhan.

Wahai Diriku dan Insan-Insan Yang Sering Alpa

Padahal banyak lagi ilmu yang belum kita terokai. Kadang-kadang percakapan dan tindakan-tindakan yang kita buat seolah-seolah kita sudah terlalu hebat dengan ilmu-ilmu didada, padahal sebenarnya banyak lagi ilmu yang belum diterokai. Sebagai manusia kita sering alpa, lalu kebanyakan manusia mensia-siakan waktu lapang yang ada dalam hidup mereka. Adakah Kitab suci al Quran sudah benar-benar kita hadamkan terjemahan dan tafsirannya. Bagaimana dengan Kitab Hadis Sahih Bukhari..adakah semua jilid sudah kita baca dan hadamkan. Itu contoh mudah untuk ilmu fardhu Ain. Kalau ilmu fardhu kifayah pulok macam mana-hebat sangat ke kita ni. Window baru dah reti semuanya ke, Excell dah expert sangat ke kita ni...Power Point pun dah cemerlang sangatkah kita. Itu baru contoh mudah(simple orang putih kata-dengan izin).

Aku rasa sebagai muqaddimah oklah tu...aku tulis yang mudah-mudah dulu...Dari Kita Untuk Kita...Diriku dan Insan-Insan Yang Sering Lupa.◦
Share/Bookmark

Wednesday, June 11, 2008

HAIRAN HAIRAN HAIRAN

Apa yang aku selalu hairan dalam kebanyakan hidup aku :-

1. Orang-orang yang selalu hilang masa kerja-ke mana mereka pergi.

2. Ramai orang cakap tidak serupa bikin. Cakap lain buat lain.

3. Kenapa masih ada lagi yang parking di kawasan larangan-adakah mereka mahu terus menduga.

4. Semua program wajib hadir, tapi bila ada yang tidak hadir...tiada tindakan diambil. Hairan juga...ramai yang terus mencuba.

5. Setiap kali perhimpunan Bulanan diadakan, kehadiran diambil...tapi di manakah kehadiran itu disimpan.

6. Kenapa kereta Viva bagi lampu agar Hilux di depannya beralih ke lorong kiri di atas Lebuh Raya.

7. Ramai yang berminat jadi Warden tetapi masa bertugas asyik hilang jer.

Ini sebahagiannyalah..aku bagi muqadimmah baru...nanti aku sambung lagi lain kali◦
Share/Bookmark

Kita Suka Mencipta Alasan

Apabila kita mencipta alasan...sebenarnya kita cuba meletakkan kesalahan dan kelemahan kita kepada orang lain.

1. Kenapa bangun lambat....pasal kunci jam tak bunyi...padahal sebenarnya kita hanya mencipta alasan.

2. Kenapa PB tak siap lagi..pasal ada taklimat ISO...padahal tugasan pertama bulan Jan dulu tak marking lagi, macam mana nak key-in markah.

3. Kenapa kerja tak siap lagi...pasal kerja banyak...padahal sebenarnya dia tak ada kat pejabat pun masa kerja...dan kadang-kadang kat duk rumah peluk bini masa orang lain sibuk kat tempat kerja. Macam mana kerja dia nak siap...

4. Kenapa kerja tak siap lagi..pasal banyak kerja..padahal masa minum dan makannya, masa main gamenya lebih banyak dari masa bekerja.

Oleh itu jika anda lihat teman-teman anda khusyuk depan komputer...tapi kerja masih tak siap-siap...mungkin dia telah berjaya mengaburi pihak musuh..


Yang lain-lain tu , lu pikirlah sendiri sebelum aku buh yang lagi pedas....hehehe◦
Share/Bookmark