Untaian Langkah

Monday, January 24, 2011

Apabila Dosa Kecil Menjadi Dosa Besar







Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini sudah tentunya tidak akan terlepas dari membuat sebarang dosa.  Namun, sebagai manusia biasa, kita tidak boleh mengambil mudah dan sambil lewa dengan dosa-dosa kecil kerana ia boleh berubah menjadi dosa-dosa besar kerana pelbagai sebab:-

  1. Kerana dosa kecil itu dikerjakan terus menerus atau dikekalkan sahaja mengerjakannya tanpa ada hentinya.
  2. Kerana ada yang beranggapan kecil pada dosa yang dilakukan.
  3. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan senang hati dan merasa nikmat.
  4. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan perasaan aman dan bebas dari balasan Allah.
  5. Kerana dosa kecil itu dilakukan oleh orang alim yang mempunyai banyak pengikut.
  6. Kerana dosa kecil itu diberitahukan atau diperlihatkan kepada orang lain.
Ringkasan dari ruangan Hala Hidup, Majalah MIDI 15 Jun 2007. Halaman 102 dan 103.

Razak Nordin berpesan : Mai pakat menghisab diri. Bukan pakat menghisab orang lain sahaja.
◦
Share/Bookmark

Saturday, January 22, 2011

Empat Hal Yang Ditetapkan Ketika 40 Hari Dalam Rahim








Dari Abu Abdur-Rahman Abdullah bin Mas’ud ra, berkata, Rasulullah saw bersabda kepada kami, sedangkan beliau adalah seorang yang jujur dan terpercaya, sabdanya: “Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan kejadiannya dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutfah (air mani yang kental), kemudian menjadi alaqah (segumpal darah) selama itu pula, kemudian menjadi mudghah (segumpal daging) selama itu pula, yaitu 40 hari. Kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya dan mencatat 4 (empat) hal yang telah ditentukan, yaitu: rezekinya, ajalnya, amalnya, dan sengsara atau bahagianya.

Maka demi Allah Dzat yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya setiap kalian itu ada yang beramal dengan amalan ahli surga sehingga jarak antara dia dengan surga itu jaraknya hanya sehasta (dari siku sampai ke ujung jari). Lalu suratan takdir mendahuluinya, sehingga ia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Ada juga di antara kalian yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka hanya sehasta. Lalu suratan takdir mendahuluinya, sehingga ia beramal dengan amalan ahli surga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam surga itu”. (HR Bukhari dan Muslim)

Razak Nordin berpesan : Bukan kerana 'hebatnya' kita, tapi kerana rahmatNya jua.
◦
Share/Bookmark

Shadaqah Setiap Ruas Tulang Tubuh








Dari Abu Hurairah ra, berkata, Nabi saw bersabda: “Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan shadaqahnya setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah shadaqah, menolong seseorang dengan membantunya menaiki tunggangannya (kendaraannya) atau mengangkatkan barang-barang ke atas tunggangannya adalah shadaqah, dan perkataan yang baik itu adalah shadaqah, tiap-tiap langkah menuju ke tempat shalat adalah shadaqah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah shadaqah”. (HR. Bukhari dan Muslim)

Razak Nordin berpesan : Walaupun sebiji anggur, besarnya lebih dari sebesar zarrah.
◦
Share/Bookmark

Sunday, January 16, 2011

La Tahzan 14-Mengapa Masih Berdukacita, Sedang Anda Mempunyai Enam Formula?







Penulis buku Al-Farj Ba'da al Syiddah menyebut bahawa seorang yang bijaksana sedang ditimpa musibah. Maka datanglah kawan-kawannya mengucapkan keprihatinan mereka terhadap musibah yang menimpanya. Si bijaksana itu pun berkata : "Aku tahu ada satu ubat yang dibuat dari enam resepi yang berbeza." Kawan-kawannya pun bertanya :"Apa dia?"
Jawabnya :
1. Percaya sepenuhnya kepada Allah.

2. Kesedaranku bahawa semua yang sudah Allah takdirkan akan berlaku.

3. Sabar adalah senjata paling berkesan yang digunapakai oleh orang-orang yang mendapat ujian.

4. Jika kita tidak sabar lalu apa yang boleh saya lakukan. Dan saya tidak akan tertolong hanya dengan perasaan resah.

5. Mungkin sahaja saya akan berada dalam keadaan yang lebih buruk daripada keadaan saya sekarang ini.

6. Dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka.

Razak Nordin berpesan : Jangan Bersedih Jilid 1. Halaman 162-163.
◦
Share/Bookmark

Sunday, January 09, 2011

Sikap Kita VS Sikap Yahudi







...........Kemudian orang-orang Yahudi datang dan Abdullah masuk ke rumah.

Rasulullah SAW bertanya : "Bagaimanakah keadaan Abdullah bin Salam dalam lingkungan kamu?"

Mereka menjawab : "Ia seorang yang amat pandai dan anak orang yang amat pandai di antara kami. Ia seorang yang paling baik dan anak orang yang paling baik di antara kami".

Rasulullah SAW bertanya : "Bagaimanakah pendapat kamu, jika Abdullah memeluk agama Islam?"

Kata mereka "Dilindungi(dijauhkan) Tuhan kiranya ia dari hal yang demikian!"

Maka keluarlah Abdullah kepada mereka, lalu berkata : "Saya mengakui, bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan saya mengakui, bahawa sesungguhnya Muhammad Pesuruh Allah".

Orang-orang Yahudi lalu berkata : "Dialah orang yang paling jahat dan anak orang yang paling jahat di antara kami".

Mereka pun mencela bersama. Maksud Hadis.

Dipetik dari Sahih Bukhari III. Sebahagian hadis 1465.

Razak Nordin berpesan :  Masa baik puji melambung, masa berpisah benci kesumat.
◦
Share/Bookmark

Saturday, January 08, 2011

La Tahzan 13-Jika Fikiran Anda Dikuasai Fantasi







Thomas Edison berkata :

"Tidak ada cara yang boleh dijadikan oleh manusia sebagai tempat pelarian untuk bersembunyi dari fikirannya sendiri."

Pandangan ini benar berdasarkan pengalaman, kerana manusia sebenarnya ketika sedang membaca atau menulis  maka sebenarnya ia berfikir. Salah satu cara terbaik untuk menajamkan dan mengawal fikiran adalah melakukan pekerjaan yang menyeronokkan dan mendapatkan manfaat, kerana orang-orang yang menganggur adalah orang-orang yang suka mengkhayal dan menyebarkan berita yang tidak jelas.

Razak Nordin berpesan : Jangan Bersedih Jilid 1. Halaman 182.
◦
Share/Bookmark

La Tahzan 12-Berbaik Sangkalah Kepada Allah







William James berkata :"Tuhan memberi ampunan atas kesalahan kita, namun organ saraf kita tidak pernah melakukan itu untuk selamanya."

Ibnu Al-Wazir dalam bukunya yang sangat terkenal, Al 'Awashim wa Al-Qawashim, mengatakan bahawa harapan terhadap rahmat Allah akan tetap membukakan pintu harapan bagi seorang hamba, akan menguatkannya untuk taat dan membuatnya semakin bersemangat dalam melakukan amalan-amalan sunat dan bersegera untuk berbuat baik.

Hal ini tidak dinafikan, sebab tidak semua jiwa akan menjadi baik kecuali dengan mengingat rahmat, ampunan, taubat dan kebesaran Allah, kerana sikap Allah yang sangat baik maka mereka pun mendekatkan diri kepada-Nya dan berusaha kuat untuk berbuat baik.

Razak Nordin berpesan : Jangan Bersedih Jilid 1. Halaman 181-182.
◦
Share/Bookmark